KISAH KEHIDUPAN – HANYA ALLAH YANG DAPAT MEMBALAS SEGALA KEBAIKAN USTAZ EBIT LEW DI SAAT NEGARA DIANCAM WABAK COVID-19
Di saat negara kita sedang diancam wabak penyakit Covid-19 sudah tentu berisan hadapan kita seperti jururawat, doktor, pegawai perubatan, polis, pasukan rela dan tentera sedang berusaha serta bekerja keras bagi menyekat penularan wabak penyakit ini.
Hampir 33 Juta rakyat Malaysia sekarang ini sedang sangat menaruh harapan kepada barisan hadapan kita dan sentiasa berdoa agar mereka kuat dan cekal di dalam segala usaha serta keringat yang mereka curahkan ketika ini.
Syukur pada waktu yang sangat sukar ada insan yang tidak mengabaikan mereka dan menghargai pengorbanan besar mereka ketika ini. Insan tersebut adalah Ustaz Ebit Lew.
‘Rehatlah Ayah..’ Ketika Anak Masih Dalam Kuarantin, Ayah Pergi Selamanya Kerana Covid-19 –>
Kita dapat lihat sendiri di dalam facebook beliau di mana beliau turun padang menyampaikan sumbangan kepada petugas-petugas di barisan hadapan.
Di dalam posting terkini beliau, beliau sempat menulis;
Penatnya rasa ya Allah seharian 8.30 pagi sampai dekat Maghrib belum sampai rumah. Hantar 14 biji aircond portable hari ini dan beberapa keperluan lain. Last petang ni 4 aircond di HKL dan 4 lagi di Hospital Klang. Terasa dunia ini benar-benar berbeza dengan pakai mask dan sarung tangan dan cover plastik dekat baju. Nak makan pun rasa takut. Nak buka mask minum air pun susah rasa. Nikmat besar selama inikan. Sekarang dah tak sama baru teringat saat dulu-dulu.
Bagaimanalah Dr dan Nurse di luar sana hari-hari ke tempat kerja yer. Bagaimana kuatnya wanita yang menutup aurat kerana perintah Allah. Buat pula yang berniqab. Ya Allah tuhanku. Hanya Allah yang balas segala jasa dan pengorbananMu. Dengan risau virus dimana-mana. Nak singgah tandas pun risau. Nak solat di hospital lagi. Ya Allah tuhanku.
Beliau juga sempat memanjatkan doa di dalam posting tersebut…
Ya Allah tuhanku. Berilah kekuatan pada kami semua. Berilah kekuatan pada doktor dan nurse kami semua. Pada polis dan tentera. Selamatkanlah yang dalam kuarantin dan selamatkan yang di icu. Jagakanlah keluarga kami semua ya Allah. Angkatlah hilangkanlah covid 19 ini. Berubah semuanya ya Allah. Kami sedih ya Allah. Kami minta ampun dan bertaubat padaMu.
Perkongsian Pengalaman Seorang Lelaki Yang Positif Covid-19 Dan Kini Dirawat Di HKL –>
Sejak penularan wabak Covid-19 di negara kita ini, Ustaz Ebit Lew tanpa gagal meneruskan usaha-usaha amal tanpa mengira erti penat lelah dan tidak menghiraukan keselamatan diri beliau.
Semalam beliau sempat mengantar 14 buah aircond portable serta beberapa keperluan lain termasuk 4 buah aircond di HKL dan 4 lagi di Hospital Klang.
Sungguh mulia hati beliau dan semoga menjadi contoh kepada kita semua.
Ayuh semua Rakyat Malaysia, kita menadah tangan supaya Negara kita dapat menewaskan wabak penyakit covid-19 yang sedang tular sekarang ini serta kita berdoa agar Allah memberi kekuatan dan kesihatan kepada petugas di barisan hadapan yang sedang bertukus lumus melindungi 33 Juta nyawa Rakyat Malaysia daripada terancam.
Insyallah..
KOMEN TERKINI