TAN SRI SM NASIMUDDIN SM AMIN MERUPAKAN PENGARAH URUSAN KUMPULAN NAZA YANG DITUBUHKAN PADA TAHUN 1979.
Beliau terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran, hotel, perladangan, kejuruteraan , perkhidmatan pengangkutan, alat-alat mesin, pembuatan dan sebagainya.

Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza, Allahyarham Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amin
Pada tahun 1974, ketika berusia 21 tahun, beliau menyimpan RM80, 000 dalam akaun bank hasil gaji sebagai pembantu bapa beliau yang bekerja sebagai kontraktor. Beliau memulakan perniagaan automobil dengan satu peruntukan Permit Import (AP) untuk mengimport kereta buatan asing. Beliau meraih hasil sejuta ringgit pertama beliau dalam masa setahun.
Dalam satu temubual akhbar, apabila ditinjau kembali, Nasimuddin merasa diri beliau berjaya kerana beliau sudah bernikah sewaktu muda lagi dan berminat untuk menjalankan perniagaan sendiri. Kelebihan beliau adalah beliau ialah seorang lelaki yang simple. Beliau menyimpan setiap sen yang diperoleh daripada kedua ibu bapanya sejak daripada zaman persekolahan lagi, dan melalui pendapatan yang diperoleh sebagai kerani di syarikat pembinaan ayahnya.
Pada usia 21 tahun, dengan kos sebanyak RM80, 000, Nasimuddin membeli 20 AP lalu ke Jepun , di mana beliau menghabiskan tiga bulan dan membawa kembali 20 unit pertama kereta Jepun terpakai yang berjaya dijual habis dalam masa tiga bulan. Beliau terpaksa menghadapi beberapa cabaran, termasuklah pembiayaan dan bagaimana untuk mendapatkan keyakinan pelanggan – pelanggan untuk membeli kereta – kereta terpakai apabila ramai di antara rakyat Malaysia kurang berminat pada kereta – kereta asing. Akan tetapi keghairahannya dan kepercayaan dalam perniagaan itu membuatkannya terus berusaha menuju kejayaan.

Cawangan pertama Kumpulan Naza di Kampung Baru Kuala Lumpur dibuka pada tahun 1979.
Nasimuddin kemudian memulakan perniagaan kereta beliau dalam sebuah kedai di Taman Maluri , dan menjual 10 hingga 15 unit kereta sebulan. Pada tahun 1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru , Kuala Lumpur untuk menggiatkan perniagaan peruncitan beliau, dan menjual 40 hingga 60 buah kereta sebulan.
Nasimuddin bermula dengan hanya lima orang kakitangan dan kini jumlah mereka meningkatkan kepada kira-kira 4, 000 orang. Beliau memperoleh jutaan pertamanya setahun kemudian dengan memohon Permit Import kerajaan untuk kereta dari Jepun.
Kumpulan Naza ialah pemegang francais untuk Ferrari, Kia dari Korea Selatan, Peugeot, Brabus, Hamann dan motosikal Ducati di Malaysia. Ia juga adalah pemegang permit import bagi kenderaan Mercedes Benz dan Mazda. Pada Ogos 2005, Naza membuka pintunya untuk dewan pameran automotif baru yang menjadi mercu tanda syarikat itu – Naza Auto Mall di Petaling Jaya, Selangor.
Baca juga kisah kejayaan 'Tan Sri Vincent Tan' →HARAP PANAS HINGGA KE PETANG, RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI.
Begitulah perumpaan yang tepat untuk menggambarkan perjalanan hidup figura terkenal ini dalam alam perniagaan. Nasimuddin pernah terlibat dalam kontroversi permit import pada tahun 2005, apabila bergelar “Raja AP”.
Terdapat dakwaan bahawa beliau dan tiga orang usahawan terpenting yang lain tengah memonopoli penghasilan permit import yang dikeluarkan kerajaan kepada pengusaha bumiputera untuk mengimport kereta. Pihak kerajaan didakwa mengurniakan berpuluh ribu helai kertas dokumen import kenderaan kepada beliau secara percuma setiap tahun yang dijual oleh beliau untuk AS$8, 500 setiap satu.
Kontroversi ini dihangatkan di Parlimen dan Perhimpunan Agung UMNO . Akhirnya, kabinet Malaysia menghentikan sistem permit import untuk mengusahakan suatu dasar automobil baru.

Tun Dr. Mahathir Mohamad melawat pusat pameran Naza World di Kampung Baru, Kuala Lumpur suatu ketika dahulu.
Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Nasimuddin sebagai satu contoh kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tun Dr. Mahathir berkata Nasimuddin mempunyai pendekatan yang luar biasa bagi mengembangkan perniagaan beliau, bermula dengan menjual kereta import terpakai dari Jepun, kemudian bekerjasama dengan syarikat asing untuk menghasilkan dan menjual kereta buatan tempatan di bawah jenama sendiri.
Sebagai penghargaan atas khidmat dan sumbangan beliau, Nasimuddin dikurniakan beberapa anugerah dan gelaran, termasuk Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong , yang membawa gelaran Tan Sri . Nasimuddin juga meraih pingat khidmat industri Anugerah Presiden Korea Selatan , dari Son Sang-Ha duta negara tersebut ke Malaysia bagi pihak Presiden Korea Selatan, kerana sumbangan beliau kepada industri automotif. Beliau ialah rakyat Malaysia pertama yang meraih anugerah Korea tersebut.
Kumpulan Naza kini ada 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri-industri seperti pengedaran rokok, kredit dan sewaan, kejuruteraan, hotel, insurans, alat ganti jentera, pengilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air. Kumpulan Naza kini memegang hak francais Malaysia untuk kenderaan Kia dari Korea Selatan , dan Peugeot dari Perancis , serta juga permit import untuk kenderaan Mazda . Naza kini telah menjadi pengimport kenderaan mewah seperti Mercedes-Benz yang terbesar dan terpenting in Malaysia melalui usaha-usaha seperti Naza-Brabus.
Baca juga kisah kejayaan 'Ramly Burger' →
Logo terkini Kumpulan Naza
SENARAI ANAK SYARIKAT KUMPULAN NAZA:
Automotif
- Naza Motor Trading Sdn Bhd (Pengimpot kereta mewah)
- Naza Italia Sdn Bhd (Pengedar Ferrari and Maserati di Malaysia)
- Naza Swedish Motors Sdn Bhd (Pengedar Koenigsegg di Malaysia & Indonesia)
- Naza Kia Malaysia Sdn Bhd (Pengedar Kia Motors di Malaysia)
- Nasim Sdn Bhd (Pengedar Peugeot di Malaysia)
- Naza Quest Sdn Bhd (Pengedar Chevrolet di Malaysia)
- Naza-Brabus Motor Sdn Bhd (Pengedar Brabus di Malaysia)
- Naza Corporation Sdn Bhd (Pengedar Kenderaan Naza)
- NZ Wheels Sdn Bhd (Mercedes-Benz dealer)
- Naza Wheels Sdn Bhd (Chevrolet dealer)
- Naza Quest Auto Sdn Bhd (Chevrolet dealer)
- Naza Mekar Sdn Bhd (Perodua dealer)
- Next Bike Sdn Bhd (Pengedar Ducati di Malaysia)
- Naza Prestige Bikes Sdn Bhd (Pengedar Harley-Davidson di Malaysia)
- Naza Premira Sdn Bhd (Pengedar Piaggio, Vespa, Aprilia and Gilera di Malaysia)
- Harmony Fabulous Sdn Bhd (Pengedar Indian Motorcycle di Malaysia & Singapore)
- Naza Bikers Dream Sdn Bhd (Pengimpot motorsikal mewah)
- Naza Bikers Sales and Distribution Sdn Bhd (Pengedar Naza Bikes di Asia Pasifik)
- Naza Auto Solutions Sdn Bhd (Rekabentuk aksesori dan peralatan kenderaan)
- NZ Galaxy Sdn Bhd (Runcit aksesori kereta)
Pembuatan
- Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd
- Naza Bikes Sdn Bhd Naza N5
Hartanah dan Pembinaan
- Naza TTDI Sdn Bhd (pembina Platinum Park di KLCC)
- Laman Premium Sdn Bhd
- Naza Engineering and Construction Sdn Bhd
- Naza Properties Sdn. Bhd
- Sri Kemaman Sdn. Bhd
Hospitaliti
- Naza Hotel Management Sdn Bhd
- Naza Talyya Penang
- Naza Talyya Melaka
- Howard Johnson, Torrance, California
- Crowne Plaza Hotel, San Pedro, California
Restoran Makanan dan Minuman
- NZ Diners Sdn Bhd (Pemegang Francaishise bagi rangkaian Bubba Gump Shrimp Co di Malaysia)
- Naza Tutti Frutti (Malaysia) Sdn Bhd (Pemegang lesen utama bagi rangkaian Tutti Frutti Frozen Yogurt di Malaysia, Singapore, Cambodia, Brunei and Thailand)
Pendidikan
- Naza KIA Academy Sdn Bhd (Pusat Latihan KIA Motors bagi rantau Asia Pasifik)
- Naza Education Sdn Bhd (Syarikat JV dengan Help International Corporation Berhad)
Pengangkutan dan Logistik
- Naza Ventures Holdings Sdn Bhd (Prestige Limo – Menyewa limousine mewah)
- Naza Transport Sdn Bhd Sdn Bhd (Perkhidmatan Logistik Kenderaan)
- Zalnas Limousine Sdn. Bhd (Perkhidmatan Airport Limo dan teksi)
Kewangan dan Insurans
- Naza Credit & Leasing Sdn Bhd (Pembiayaan Kenderaan)
- Naza Coverage Sdn Bhd (Agen Insuran)
- Zalnas Coverage Sdn Bhd (Agen Insuran)
Perladangan
- Wood Vision Sdn Bhd
Pengedaran Rokok
- Bahau Cigarette Distributors Sdn Bhd
- Asas Sejati Sdn Bhd
Baca juga kisah kejayaan 'Kacang Ngan Yin' →
KEMATIAN TAN SRI SM NASAMUDDIN SM AMIN
Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amin telah meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada hari khamis, 1hb Mei 2008 pada pukul 9.00 pagi (Waktu Malaysia) di Los Angeles, California.
Nasimuddin, 53 yang juga Ketua Pegawai Eksekutif konglomerat itu, menerima rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di Long Beach sejak Januari tahun 2018 dan isteri beliau, Puan Sri Zaleha Ismail serta anak-anak beliau telah berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhirnya.
Persatuan Islam Malaysia Amerika Utara telah menguruskan penghantaran jenazah beliau ke Malaysia dan mengadakan solat jenazah di Pusat Islam. Jenazah Allahyarham diterbangkan ke Malaysia dengan pesawat Penerbangan Malaysia MH 94 pada pukul 1.40 pagi hari sabtu, 3hb Mei 2018.
Tujuan asal Allahyarham ke Los Angeles adalah untuk menemani isterinya membuat pemeriksaan rutin. Isterinya menghidap kanser payu dara sejak tiga tahun lalu sebelum itu. Akibat kerap batuk, Allahyarham turut melakukan pemeriksaan di hospital yang sama dan disahkan menghidap kanser.
Negara telah kehilangan seorang ikon usahawan Melayu bertaraf jutawan yang amat disegani serta dihormati ramai.

Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Badawi menziarahi Jenazah Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin
LEGASI TAN SRI SM NASIMUDDIN SM AMIN
Setelah 10 tahun pemergian Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin, legasi beliau telah diteruskan oleh Isteri dan anak-anak beliau. Kini Isteri beliau iaitu Puan Sri Datin Seri Utama Zaleha Ismail telah dilantik sebagai Pengarah Syarikat Kumpulan dan dan juga C0-Founder.
Manakala anak sulung Allahyarham iaitu Datuk Wira SM Faizal SM Nasimuddin bertindak selaku Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza. Kumpulan Naza juga menyaksikan kesemua anak-anak Allahyarham dilantik sebagai Pengarah Syarikat Kumpulan Naza ini dan menjadikan syarikat ini sebagai perniagaan keluarga sejak ditubuhkan pada tahun 1979 oleh Allahyarham sendiri.

Legasi Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin yang diketui oleh Isteri beliau iaitu Puan Sri Datin Seri Utama Zaleha Ismail
Pembinaan Naza Tower @ Platinum Park
Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin adalah seorang yang mempunyai visi dan misi yang sangat besar. Beliau mengidamkan sebuah empayar perniagaan yang sangat besar dan ini diterjemahkan dengan pembinaan sebuah menara yang dikenali sebagai Naza Tower @ Platinum Park.
Bangunan setinggi 50 tingkat ini telah mula dibina pada tahun 2009 di kawasan segitiga emas di Kuala Lumpur sekaligus menjadi sebuah syarikat pertama yang membangunkan projek di kawasan ini. Projek ini telah siap pada tahun 2015 dan dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak bersempena dengan ulang tahun ke-40 Kumpulan Naza.
Projek pembinaan bangunan pencakar langit ini telah menelan belanja sebanyak RM4 Billion dan diurus selia serta ditakbir sendiri oleh Kumpulan ini yang diketuai oleh Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza iaitu SM Nasarudin SM Nasimuddin.

Banggunan kebanggan Kumpulan Naza iaitu Naza Tower @ Platinum Park
PENGAJARAN DARI KISAH KEJAYAAN TAN SM NASIMUDDIN;
1. Melihat Dan Merebut Peluang
Sikap usaha dalam melihat dan merebut peluang beliau dapat dilihat apabila beliau membeli 20 AP (Permit Import) lalu ke Jepun, di mana beliau menghabiskan tiga bulan dan membawa kembali 20 unit pertama kereta Jepun terpakai yang berjaya dijual kesemuanya dalam masa tiga bulan. Beliau memulakan perniagaan automobil dalam sebuah kedai di Taman Maluri dan menjual 10 hingga 15 unit kereta sebulan. Pada tahun1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk menggiatkan lagi perniagaan peruncitan beliau dan menjual 40 hingga 60 buah kereta sebulan. Melalui pengalamannya ini, beliau memperoleh kecekapan mencari dan mengenal pasti peluang perniagaan yang wujud dan berkemampuan di dalam memperluaskan pasaran. Kompetensi ini memberikan faktor penting dalam kejayaan dan daya tahan sesuatu perniagaan dan melanjutkan hayat perniagaan yang berpanjangan.
2. Yakin Terhadap Keupayaan Diri
Beliau juga adalah seorang yang mempunyai sikap yakin diri yang merupakan faktor penting dalam diri seseorang usahawan. Hal ini dapat ditonjolkan melalui minat beliau untuk membeli 40 % kepentingan dan mengambil alih perusahaan kereta kebangsaan Malaysia, PROTON yang dilaporkan menghadapi kemelut kewangan. Beliau berkata bahawa beliau sudah menggariskan rancangannya untuk memulihkan Proton jika kerajaan Malaysia membenarkannya membeli kepentingan pengawalan syarikat tersebut. Sikap ini dapat dilihat apabila seseorang usahawan itu tidak takut mencuba sebarang risiko yang bakal dihadapi. Dengan banyak membaca dan mengumpul pengalaman terutama dalam bidang – bidang yang dikhususkan merupakan salah satu kaedah mempertingkatkan keyakinan diri. Mempunyai kepercayaan terhadap kebolehan dan kemampuan diri untuk mencapai sesuatu yang dihajati dengan melahirkan perasaan yakin terhadap kemampuan dalam menyelesaikan sesuatu atau menyahut sesuatu cabaran.
3. Kecekalan
Sikap kecekalan dan tabah yang terdapat di dalam diri beliau telah menjadikan syarikatnya mempunyai 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri – industri seperti pengedaran rokok, kredit dan sewaan, kejuruteraan, perhotelan, insurans, alat ganti jentera, perkilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air yang telah diwujudkan oleh beliau. Rasa tidak jemu di dalam mencari jalan untuk mencapai matlamat tanpa mengalah dan sikap sentiasa berusaha untuk mengatasi sebarang masalah yang boleh menyekat pencapaian matlamat dapat membuahkan hasil kejayaan
4. Mencari Maklumat Atau Penyelidikan
Bermula dengan hanya menjual kereta import terpakai dari Jepun, beliau kemudian bekerjasama dengan syarikat asing dan akhirnya menjual kereta buatan tempatan di bawah jenama sendiri merupakan salah satu contoh daripada ciri-ciri usahawan yang telah beliau gunakan daripada mencari maklumat atau penyelidikan. Dengan cara tinjauan yang dilakukan ini dapat meningkatkan pengalaman, memperbaiki pencapaian dan prestasi perniagaan yang diterajui. Selain itu, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya beliau telah menggunakan kajian pasaran dan membuat analisis bagi pasaran.
5. Ketegasan
Sikap ketegasan beliau dapat dilihat melalui tindak tanduk beliau dalam menyuarakan pendapat atau idea kepada orang secara langsung dan berani bertindak walaupun terpaksa menghadapi tentangan dari pihak lain. Di mana beliau pernah terlibat dalam kontroversi permit import pada tahun 2005, apabila bergelar “Raja AP”. Terdapat dakwaan bahawa beliau dan tiga orang usahawan terpenting yang lain sedang memonopoli penghasilan permit import yang dikeluarkan kerajaan kepada pengusaha bumiputera untuk mengimport kereta. Pihak kerajaan didakwa mengeluarkan berpuluh ribu helai kertas dokumen import kenderaan kepada beliau secara percuma setiap tahun yang dijual dengan harga AS$8, 500 setiap satu. Kontroversi ini dihangatkan di Parlimen dan Perhimpunan Agung UMNO. Sifat ketegasan beliau menghadapi kontroversi menyuarakan pendapat telah membawa kata sepakat di mana, kabinet Malaysia menghentikan sistem permit import untuk mengusahakan suatu dasar automobil baru.
Di bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama-sama memanjatkan doa serta sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah ke pada Allahyarham SM Nasimuddin SM Amin. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman..
Insyallah.
KOMEN TERKINI