DARI SEORANG KERANI BANK MENJADI JUTAWAN KE-9 TANAH AIR DENGAN MEMILIKI ASET BERNILAI RM4.2 BILLION, ITULAH TAN SRI VINCENT TAN BAPA MERTUA KEPADA ANAK HARTAWAN NAZA GROUP.
Beliau merupakan pemilik Thera Sdn Bhd dan Pengerusi Berjaya Group. Majalah Forbes telah menyenaraikan beliau dalam kelab bilionair Malaysia ke-9 dengan aset sebanyak RM4.2 bilion.
Pada 23 Februari 2012, beliau mengumumkan dirinya bersara daripada peranan korporatnya yang aktif dalam B-Corp, syarikat utama Berjaya Group of Companies. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) diberikan kepada anak sulungnya, Datuk Robin Tan Yeong.
Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab membawa jenama makanan segera terkenal iaitu McDonald’s ke negara ini. Antara lain perniagaan yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent adalah syarikat perjudian Sports Toto (memperoleh lesen daripada kerajaan untuk menjalankan perniagaan perjudian tersebut pada tahun 1985), rangkaian francais 7-Eleven, Starbucks, Kenny Roger’s Roasters dan juga pengedar Mazda di Malaysia. Syarikat beliau juga merupakan antara pemegang saham terbesar U-Mobile.
Beliau juga telah mengorak langkah dengan mengambil alih 30% saham kelab bola sepak Inggeris, Cardiff City pada tahun 2010 bernilai £6 juta. Selain daripada itu, laman sosial Friendster yang terkenal suatu ketika dulu pernah dimiliki oleh Tan Sri Vincent (dibeli pada 2009) sebelum beliau mengambil keputusan untuk menjualnya kepada Facebook dan mendapat 700,000 unit saham Facebook sebagai balasan.
Baca juga kisah kejayaan 'Ramly Burger' →Perkongsian anak lelaki Tan Sri Vincent Tan tentang bapanya.
Ketika ayahnya masih bekerja sebagai ejen insurans, ayahnya menemani seorang pelanggannya ke klinik, dan beliau membaca majalah Times yang diletakkan di ruangan menunggu. Ketika membaca majalah tersebut, dia berasa kagum dan tertarik dengan sebuah artikel yang bertajuk “The Burger That Conquered The World”. Dia sangat terinspirasi dengan cerita McDonald dan percaya syarikat itu juga mempunyai potensi untuk menguasi pasaran di Malaysia juga.
Sejak dari itu, dia menulis kepada ibu pejabat McDonald sekurang-kurangnya sekali seminggu. Suatu hari, dia menerima maklum balas dan mereka memintanya supaya berhenti kerana sudah terlampau banyak surat yang mereka terima.
“Bagaimanpun, McDonald memutuskan untuk memilih bapa saya kerana kegigihan dan daya tahan yang dia tunjukkan selama ini. Selebihnya, sebagaimana yang mereka kata, adalah sejarah.” kata Morvin.
“Secara jujurnya saya katakan perkara ini adalah mustahil jika tidak kerana kemahiran saya dalam Bahasa Inggeris yang membolehkan saya meyakinkan pihak McDonald’s bahawa saya adalah orang yang tepat untuk membantu perkenalkan dan mengembangkan francais McDonald’s di Malaysia” kata Vincent Tan ketika berucap di Batu Pahat.
Kisah di sebalik kejayaan Tan Sri Vincent Tan ini memberikan inspirasi kepada semua tentang usaha yang berterusan dan tidak pernah cepat berputus asa. Di samping itu juga penguasaan bahasa Inggeris amat penting untuk memastikan kejayaan kita dinilai dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Sumber Artikel: The Reporter
Baca juga kisah kejayaan 'Kacang Ngan Yin' →Vincent Tan Juga adalah Bapa Mertua kepada anak Hartawan Kumpulan NAZA.
Mungkin masih ramai yang tidak mengetahui bahawa Tan Sri Vincent Tan juga adalah Bapa Mertua kepada Anak Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin pengasas kepada syarikat gergasi di Malaysia iaitu Naza Group.
SM Faliq, yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI Sdn. Bhd., sudah lama mengenali anak perempuan Vincent Tan iaitu Chryseis Tan secara peribadi sejak zaman mereka di ‘bangku sekolah’ lagi.
Pada bulan Februari 2018 yang lalu mereka telah selamat diijab kabul mengikut adat resam melayu di The Chateau Resort, Bukit Tinggi di Bentong, Pahang.
Baca juga kisah kejayaan D'xandra →Ingin membina sebuah lapangan terbang secara PERCUMA di Pulau Tioman?
Baru-baru ini Vincent Tan mengumumkan bahawa pihaknya akan mengemukakan permohonan pembinaan landasan kapal terbang di Pulau Tioman.
Menurut laporan, pembinaan berkenaan, akan menggunakan perbelanjaan sendiri yang dianggarkan sekitar RM1.1 bilion ke RM1.2 bilion.
Vincent Tan berkata;
Kami sedang merancang projek infrastruktur yang baharu. Kami juga akan mengemukakan kertas cadangan kepada kerajaan tetapi pembinaan itu dengan perbelanjaan sendiri menggunakan pinjaman daripada bank dan rakan kongsi.”
Pemilik kelab bola sepak Cardiff City itu berkata, amalan menggunakan perbelanjaan sendiri sepatutnya digunakan bagi mengurangkan bebanan kepada kerajaan yang kini berdepan dengan situasi kewangan yang tidak begitu baik.
Cadangan pembinaan landasan kapal terbang di Pulau Tioman itu bermula sejak tahun 2003 dengan cadangan itu dibatalkan pada tahun 2009 apabila isu kebimbangan kerosakan alam sekitar dijadikan alasan.
Sumber: Berita Harian
KOMEN TERKINI