BEKAS PENJUAL KERETA TERPAKAI BANGUNKAN JENAMA MAMEE HINGGA DIPASARKAN KE 100 NEGARA.

Inilah taukeh mee segera ‘Mamee’, Phang Chin Hin, seorang penjual kereta second hand!

Selain mee segera Maggi, rasanya semua daripada kita tahu satu lagi brand yang terkenal, Mamee. Kalau nak tahu, inilah pengasas Mamee, Phang Chin Hin, seorang anak tempatan yang asalnya penjual kereta terpakai!

Pada tahun 1971, seorang rakan Chin Hin mengajak beliau mengusahakan produk mee segera yang menurut kawannya itu, lebih ada masa depan berbanding jual kereta second hand.

Dengan tak tahu apa-apa pun pasal mee segera, Chin Hin pun buka kilang kecil-kecilan bagi menghasilkan makanan tersebut.

Lepas itu, beliau hantar anak lelaki, Tee Chew belajar di Jepun dan bekerja dengan sebuah kilang mee segera di sana.

Bila pulang ke Malaysia, Tee Chew terus diberi tanggungjawab buat kerja marketing manakala Chin Hin terus fokus di kilang mereka itu.

Mula-mula nama mee segera ni Lucky, malangnya nama Lucky tak ‘selucky‘ mana kerana terpaksa bersaing dengan nama besar mee segera lain seperti Maggi dan Cintan.

Masa tu mee segera Lucky tak dapat sambutan dan bank-bank pun tak nak bagi mereka pinjaman.

Satu hari semasa Tee Chew tengah jual mee segeranya, dia ternampak sekumpulan kanak-kanak tengah makan mee segera yang tidak dimasak.

Dari situ dia tergerak untuk menghasilkan mee segera yang dah pun tersedia dimasak maka lahirlah – MAMEE MONSTER!

Mereka mendapat idea untuk melahirkan snek itu dan mendapat nama Mamee menerusi ungkapan yang sering dilaungkan oleh kanak-kanak apabila bersama ibu mereka ketika itu.

Bagi tujuan mengkomersialkan jenama yang pada asalnya dinamakan Lucky, mereka menukar ‘mommy’ kepada Mamee.

Sejak itu jualan mereka mula menempa kejayaan dan sehingga kini, kilang mereka yang terletak di Melaka adalah antara yang terbesar di Malaysia dan produk mereka akhirnya telah memasuki pasaran 80 buah negara di seluruh dunia!

Sekarang bukan saja mee segera, syarikat mereka juga telah mempelbagaikan berbagai produk makanan termasuk yang hebat diperkatakan, MISTER POTATO!

Kini uncle Pang dah pun mendapat gelaran Datuk manakala anaknya, Tee Chew dan pun bergelar Tan Sri.

Mamee Double-Decker Berhad adalah sebuah syarikat Malaysia dengan kepentingan dalam sektor perkilangan, pemasaran dan pengedaran makanan ringan dan minuman.

Pada 2014, ibu pejabat mula bertapak di Melaka dan mempunyai pejabat di Subang, Selangor.

Produk keluaran Mamee sudah dieksport ke hampir 100 negara, antaranya Amerika Syarikat (AS), Australia, Kanada, Lubnan, Argentina, Thailand dan Singapura. Sehingga kini, Mamee mempunyai lebih 200 produk makanan dan minuman di pasaran tempatan dan luar negara.

Jenama produk keluaran Mamee termasuklah Mamee Monster, Mister Potato, Mamee Chef, Perfecto, Double Decker, Corntoz, Lite-Yo, Mamee Cool Tea, Nutrigen dan yang terbaru, Mamee Monster Biskidz.

Yang pasti, walaupun menghasilkan mee segera, namun apa yang mereka capai dan kejayaan yang mereka miliki hari ini tidak ‘sesegera’ sepertimana produk mereka. SALUTE!

Maskot

Dalam pada itu, Mamee Monster juga mempunya maskot mereka yang tersendiri iaitu maskot raksasa biru sememangnya sangat sinonim di hati kebanyakan rakyat Malaysia. Pada asalnya terdapat pelbagai jenis reka bentuk dan visual yang dicadangkan sebagai maskot produk snek Mamee itu.

Namun akhirnya, maskot monster biru dengan sebatang gigi serta berwajah comel dan kelihatan ingin dipeluk telah terpilih. Ternyata impak maskot dan Mamee Monster sangat tinggi memandangkan Mamee antara produk terawal memperkenalkan maskot.

Maskot biru ini juga diperagakan untuk pelbagai program baik di sekolah-sekolah atau kawasan tumpuan ramai di seluruh Malaysia. Sehingga kini, monster biru ini juga sangat terkenal di Australia, Indonesia dan beberapa negara lain.

Kejayaan menjalin kerjasama dengan kelab bola sepak terkenal dunia,  Manchester United selama tiga tahun dari tahun 2011 hingga 2014 pula meninggalkan impak besar kepada satu lagi produk Kumpulan Mamee iaitu Mister Potato.

Keputusan menjenamakan semula Mister Potato dan menjadi rakan penaja Snek Rasmi Global Manchester United memperkenalkan lagi produk cip kentang kami bukan sahaja dalam kalangan pengguna di Malaysia bahkan ke peringkat antarabangsa.

Pada ketika itu, pembungkusan produk Mister Potato menggunakan gambar tiga pemain Manchester United iaitu Wayne Rooney, Park Ji-sung and Ryan Giggs.

Produk Mister Potato juga terpampang di papan-papan digital di sekeliling Stadium Old Trafford setiap kali perlawanan Liga Inggeris berlangsung.

Salah satu produk terkini keluaran Mamee ialah Mamee Monster Biskidz iaitu biskut DHA pertama di Malaysia.

Biskidz mengandungi nutrisi-nutrisi seimbang dalam membentuk perkembangan minda kanak-kanak terutamanya yang berusia tujuh hingga 12 tahun.

Produk ini telah berada di pasaran dan diiktiraf  oleh Kementerian Pelajaran Malayia. Begitulah kisah kejayaan Syarikat Mamee Double-Decker Berhad dari sebuah syarikat kecil yang tidak dikenali ramai kini telah menakluki seluruh pelusuh dunia. Semoga menjadi conton dan inspirasi kepada kita semua.

Insyallah.