PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti sosial, kebajikan dan kemasyarakatan.

Terkini pada 9hb Jun 2024 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) Bil.02/2024 bagi sesi tahun 2023/2027.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Program Matahari Tahun 2024

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa ini adalah yang kedua untuk tahun 2024 dan ia telah berlangsung dengan jayanya di Pejabat Urusan Kumpulan PUBI yang baharu bertempat di Station 18, Ipoh Perak.

Mempengerusikan mesyuarat ini adalah En. Sharul Rahman selaku pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak dan turut dihadiri oleh Setiausaha kehormat En Haizul Fakarudin, En Mohamad Nafis selaku Bendahari kehormat serta Ahli Jawatankuasa Induk PUBI Perak yang lain.

Syukur kepada yang Maha Esa kerana Mesyuarat ini telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan secara teratur serta mengikut perlembagaan persatuan yang telah ditetapkan.

Pelbagai agenda dan isu-isu semasa serta perkara berbangkit telah dibincangkan oleh seluruh Ahli Jawatankuasa yang mana akhirnya telah berjaya mencapai kata sepakat bagi agenda yang dibentangkan.

Barisan Ahli Jawatankuasa PUBI Perak yang bermesyuarat ini adalah sangat komited serta berjaya menunjukkan semangat bepersatuan yang tinggi disamping menerapkan nilai-nilai murni di antara satu sama lain.

Selepas bermesyuarat Ahli Jawatankuasa telah menikmati jamuan makan tengah hari di Restoran Vanggey Stattion 18 disamping dapat mengeratkan ukhwah sesama Ahli Jawatankuasa.

Terima kasih dan Tahniah kepada seluruh Ahli Jawatankuasa yang telah hadir pada mesyuarat yang diadakan ini dan bersemangat untuk memajukan NGO keusahawanan di Negeri Perak ini.

Semoga dipermudahkan segala urusan Ahli Jawatankuasa ini di dalam usaha menjayakan misi & visi persatuan yang telah direncana sejak tahun 2016 yang lalu.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan sentiasa meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah.. 

#PUBI #NGOusahawan #BantuUsahawan #MesyuaratAJK