PUBI PERAK DENGAN SUKACITANYA MENGUMUMKAN AKAN MENJALANKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PADA AWAL BULAN FEBRUARI INI.
Syukur Alhamdulillah, setelah hampir 3 tahun penubuhan Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak atau PUBI Perak maka tibalah acara tahunan yang wajib diadakan selaras dengan peruntukkan perlembagaan Persatuan iaitu kewajiban menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan.
Insyallah, Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-3 ini akan diadakan seperti berikut;
Tarikh : 10hb Februari 2019
Hari : Ahad
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Perasmi : YB Hasnul Zulkarnain Bin Abd Munaim, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO, Kerajaan Negeri Perak
Notis Mesyuarat Agung Tahunan PUBI Perak Kali Ke-3 ini akan mula diedarkan secara di dalam talian kepada lebih 100 orang ahli berdaftar PUBI Perak di seluruh Negeri Perak terutamanya di bandaraya Ipoh ini.
Sama-samalah kita mendoakan agar Majlis Mesyuarat Agung Tahunan yang dirancang ini akan menjadi kenyataan.
KOMEN TERKINI