PENCARIAN IKON USAHAWAN PUBI PERAK 2018 KINI TELAH HAMPIR KE PENGHUJUNG!
Alhamdulilah, pusingan pertama pengundian Kempen Ikon Usahawan PUBI Perak 2018 telah pun berakhir pada 14hb Disember 2018 yang lalu.
Syukur Alhamdulillah proses pengundian telah berjalan dengan lancar dan sambutan terhadap kempen ini adalah sangat diluar jangkaan di mana seramai 1,737 orang awam telah terlibat di dalam proses mengundian yang telah dijalankan.
Ahli Majlis Tertinggi yang diketui oleh Pengerusi PUBI Perak iaitu En. Sharul telah menyemak hasil undian dan akhirnya telah berjaya menemui 3 orang calon akhir yang mendapat undian tertinggi.
Mereka yang tersenarai ke Pusingan Kedua (Final) Ikon Usahawan PUBI Perak adalah seperti berikut;
Untuk terma & syarat, sila klik —>
Seri Melati Binti Asril
Pengusaha Katering dan Restoran Adily
Shaharizad Bin Shahrul Asmawi
Pengarah Syarikat dan Pengasas Bersama Produk Kecantikan Folio Essence
Aini Safina Jamaludin
Pengusaha Perkhidmatan Pengurusan Kewangan dan Harta Islam
Pihak Pengurusan PUBI Perak mengucapkan TAHNIAH kepada mereka yang telah berjaya masuk ke pusingan kedua ini dan proses pengundian akan dibuka kepada Ahli Berdaftar, Ahli Jawatankuasa dan Ahli Majlis Tertinggi bermula hari Isnin, 17hb Disember 2018 sehingga 21hb Disember 2018.
Manakala proses pengundian orang awam pula akan dibuka pada hari Isnin 24hb Disember 2018 sehingga 28hb Disember 2018.
Semoga dengan kempen Ikon Usahawan PUBI Perak 2018 yang dianjurkan ini akan menyemarakkan lagi semangat para usahawan untuk lebih maju pada masa hadapan.
Insyallah..
Untuk melihat jumlah kiraan undi rasmi, sila klik —>
#PUBIPerak #IkonUsahawan #IkonUsahawanPUBIPerak2018
KOMEN TERKINI