PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Terkini pada 12hb Januari 2021 yang lalu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) telah mengadakan kunjung hormat untuk bertemu dengan Yang Berhormat Dato’ Zainol Fadzi Paharudin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Pertemuan selama hampir satu jam itu telah berlangsung di Pejabat Yang Berhormat yang bertempat di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh, Perak.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Pemantauan Peserta PEKB 2021 Bagi Bulan Disember 2021

Mewakli Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) adalah En Sharul Rahman selaku Pengerusi Persatuan, En. Shahrul Izam selaku Timbalan Pengerusi Persatuan, En Haizul Fakarudin selaku Naib Pengerusi Persatuan merangkap Setiausaha Kehormat Persatuan, En Mohammad Nafis selaku Bendahari Persatuan, Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha Persatuan dan En Muhamad Farhan selaku Ahli Jawatankuasa Induk Persatuan.

Objektif utama Kunjungan Hormat PUBI Perak ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan latar belakang persatuan sebaai salah sebuah NGO Usahawan di Bandaraya Ipoh serta melaporkan aktiviti yang telah dijalankan oleh PUBI Perak bagi membantu usahawan di Negeri Perak secara amnya dan di Bandaraya Ipoh secara khususnya.

Antara lain turut dibincangkan bersama adalah kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan pada masa hadapan bagi memantapkan lagi sektor keusahawanan disamping untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala di antara PUBI Perak dengan Kerajaan Negeri Perak.

Alhamdulillah, Yang Berhormat Dato telah menyambut baik kehadiran wakil daripada PUBI Perak ini di mana perbincangan serta cadangan yang diutarakan di dalam pertemuan ini berjalan dengan lancar serta diterima dengan baik dan harmoni.

En. Sharul Rahman sebagai Pengerusi PUBI telah mengetuai kunjung hormat bertemu YB Zainol di pejabat Yang Berhormat di Bangunan SUK Negeri Perak.

Kedua-dua pihak telah menyatakan hasrat untuk memperkukuhkan lagi agenda dan objektif pembangunan keusahawanan demi masa hadapan peniaga-peniaga kecil mahupun besar di Negeri Perak ini.

Semoga dengan perjumpaan ini akan mengeratkan hubungan kedua-dua pihak disamping memberi faedah dan peluang untuk membangunkan usahawan pada masa hadapan serta mendapat faedah bersama pada masa hadapan.

Insyallah, hasil dari pertemuan ini PUBI Perak beriltizam untuk meneruskan perjuangan dalam usaha membangunkan usahawan di Bandaraya Ipoh secara khususnya dan di Negeri Perak secara amnya.

PUBI Perak sebagai sebuah Persatuan Usahawan dan NGO Perak yang prihatin akan meneruskan usaha-usaha yang dilakukan bagi membangunkan usahawan dan bakal usahawan termasuk peniaga-peniaga kecil di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan di seluruh negeri Perak secara amnya.

Semoga PUBI Perak terus maju bersama di dalam gabungan yang berjaya ditubuhkan dan berdaya saing sebagai sebuah Gabungan Persatuan yang prihatin, berinovatif serta menjadi NGO Perak yang disegani pada masa akan datang.

Insyallah..

#PUBI #NGOUsahawan #BerakhlakBerilmuBermotivasi