BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN MAHASISWA PERAK 2022

INFO: BANTUAN SARA DIRI & KECEMASAN MAHASISWA PERAK 2022

Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan Negeri Perak kini menawarkan permohonan Bantuan Kecemasan dan Bantuan Sara Diri Mahasiswa. Pelajar kelahiran Perak yang berkelayakan dialu-alukan untuk memohon secara atas talian.

Bantuan ini diwujudkan bagi membantu pelajar dalam menampung perbelanjaan harian sewaktu menjalani pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Baca Lanjut

KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN DAN PEMASARAN BERKESAN (SIRI-7)

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 19hb Disember 2021 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah menganjurkan sebuah program yang sangat bermanfaat iaitu Kursus Pengurusan Kewangan dan Pemasaran Berkesan (Siri-7) kepada Peserta-peserta penerima Tabung Usahawan di bawah selian Yayasan Perak.

Baca Lanjut

PERMOHONAN PROGRAM PINJAMAN TABUNG USAHAWAN YAYASAN PERAK

INFO: PERMOHONAN PROGRAM PINJAMAN TABUNG USAHAWAN YAYASAN PERAK

Tahukah anda, Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak ada menyediakan bantuan kewangan untuk para usahawan khusus untuk anak jati Negeri Perak terutamanya golongan pengusaha IKS yang menjalankan perniagaan bagi menyara kehidupan masing-masing.

Program ini merupakan skim pinjaman perniagaan tanpa faedah kepada usahawan kecil & sederhana (IKS) dan usahawan muda B40 untuk mengembangkan perniagaan disamping membantu mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19 yang sedang melanda dunia pada ketika ini.

Sukacita dimaklumkan bahawa bagi tahun 2021, permohonan untuk mendapatkan bantuan ini masih dibuka seperti mana diwar-warkan di laman Facebook Rasmi Yayasan Perak. Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial), Pejabat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my.

Baca Lanjut

PERMOHONAN PROGRAM RMR PERAKKU PRIHATIN: PINJAMAN PERUMAHAN B40

INFO: PERMOHONAN PROGRAM RMR PERAKKU PRIHATIN – PINJAMAN PERUMAHAN B40

Golongan B40 di Negeri Perak yang masih belum mempunyai rumah sendiri, Yayasan Perak dengan kerjasama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah memperkenalkan satu program iaitu Program RMR Perakku Prihatin.

Konsep program ini adalah pinjaman perumahan tanpa faedah khusus kepada golongan B40 yang ingin membina rumah di atas tanah sendiri atau dengan kebenaran tuan tanah (jika mereka bukan pemilik).

Matlamat utama Program RMR Perakku Prihatin ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan B40 memiliki rumah pertama.

Baca Lanjut