INFO-SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (BELANJAWAN 2024)

Berita baik untuk semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kerajaan bersetuju meningkatkan peruntukan sebanyak 2 bilion ringgit atau 25 peratus iaitu daripada 8 bilion ringgit kepada 10 bilion ringgit.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata pemberian STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: BELANJAWAN 2024: SENARAI INTIPATI BAJET 2024 (RINGKASAN INFOGRAFIK)

KADAR SUMBANGAN TUNAI RAHMAH – BELANJAWAN 2024

Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.

Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum RM300 sahaja.

Namun, untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500.

Kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun mulai Januari 2024 berbanding RM3100 pada tahun 2023.

Tambah beliau, sumbangan tersebut akan disalurkan sebelum bulan Ramadan tahun depan.

Hikmah penyasaran semula subsidi, membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Sementara itu, manfaat SARA (Sumbangan Asar Rahmah 2024) pula akan memanfaatkan 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

Rebat Bil Elektrik Isi Rumah Miskin Tegar sehingga RM40 sebulan memanfaatkan lebih 142,000 isi rumah miskin tegar juga diteruskan.

Rujuk video di bawah untuk melihat sesi ucapan pembentangan Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan berhubung Sumbangan Tunai Rakyat (STR) dalam Belanjawan 2024, 13 Oktober 2023 : https://www.youtube.com/watch?v=uvGHMR9P7Ik

TARIKH PERMOHONAN

Permohonan baharu STR akan dibuka seawal November 2023, di mana permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

Jika anda merupakan penerima STR, sila rujuk jumlah bayaran yang akan diterima dalam Fasa 4 yang akan diagihkan tak lama lagi.

TARIKH BAYARAN PERTAMA STR 2024

Bayaran pertama bantuan tunai untuk isi rumah biasanya maksimum RM300.

Namun bagi STR 2024, bayaran pertama akan dinaikkan kepada RM 500 dan dijangka disalurkan sebelum Ramadan.

MAKLUMAT LANJUT BELANJAWAN 2024

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk :

Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami melalui pautan https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD atau join whatsapp group melalui pautan https://chat.whatsapp.com/KF7heUQLzkjD14T5MJHXNS