PKPB: SUAMI ISTERI TINGGAL BERJAUHAN ATAS URUSAN KERJA DIIZINKAN RENTAS NEGERI UNTUK BERTEMU

PKPB: SUAMI ISTERI TINGGAL BERJAUHAN ATAS URUSAN KERJA DIIZINKAN RENTAS NEGERI UNTUK BERTEMU

Kerajaan memberi kelonggaran kepada pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja untuk merentas negeri bagi tujuan berjumpa dengan keluarga.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan memahami keadaan sesetengah pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan dan terpisah dengan keluarga selama dua bulan.

“Bagi yang melibatkan rentas negeri Sabah dan Sarawak, saya berharap kerajaan negeri memberikan kelonggaran yang sama.

Baca Lanjut

PKPB: ZIARAH RAYA KELUARGA DALAM NEGERI DIBOLEHKAN, TAPI TERHAD 20 ORANG DALAM SATU-SATU MASA

PKPB: ZIARAH RAYA KELUARGA DALAM NEGERI DIBOLEHKAN, TAPI TERHAD 20 ORANG DALAM SATU-SATU MASA

“Minta maaflah banyak-banyak dan saya juga mohon ampun,”

“Perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya tetap tidak dibenarkan,” umum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini.

Tambahnya lagi, beliau memahami perasaan ramai pihak yang agak sedih kerana tidak dapat balik berhari raya di kampung bersama keluarga.

Baca Lanjut

PKPB: ZIARAH AIDILFITRI TIDAK DIBENARKAN

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

PKPB: ZIARAH AIDILFITRI TIDAK DIBENARKAN

KUALA LUMPUR: Pergerakan untuk hari raya antara daerah masih tidak dibenarkan kerana ia masih disenaraikan dalam perkara yang dilarang.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pada masa ini, kerajaan memang membenarkan pergerakan tanpa had masa antara daerah tetapi ziarah untuk hari raya masih tidak dibenarkan.

Katanya, tidak semua pergerakan dibenarkan pada masa ini, begitu juga aktiviti sosial dan sukan.

Baca Lanjut

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI APLIKASI MUDAH ALIH GERAK MALAYSIA

INFO – SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI APLIKASI MUDAH ALIH GERAK MALAYSIA

Aplikasi Gerak Malaysia telah dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM)  serta sokongan dari syarikat telekomunikasi di Malaysia.

Ianya dilengkapi sistem GPS bagi mengesan lokasi semasa pengguna serta pengesanan jarak dekat sesama peranti sahaja apabila Bluetooth diaktifkan. Data ini akan digunakan SKMM untuk menyokong usaha pengesanan dan mengurangkan penyebaran COVID-19.

Baca Lanjut