PKPB: ZIARAH RAYA KELUARGA DALAM NEGERI DIBOLEHKAN, TAPI TERHAD 20 ORANG DALAM SATU-SATU MASA
“Minta maaflah banyak-banyak dan saya juga mohon ampun,”
“Perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya tetap tidak dibenarkan,” umum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini.
Tambahnya lagi, beliau memahami perasaan ramai pihak yang agak sedih kerana tidak dapat balik berhari raya di kampung bersama keluarga.
PKPB: Suami Isteri Tinggal Berjauhan Atas Urusan Kerja Diizinkan Rentas Negeri Untuk Bertemu
“Bersabarlah, bila keadaan sudah pulih sedikit masa lagi, saudara-saudari bolehlah balik ke kampung halaman, menziarahi ibu bapa dan sanak-saudara,” tambahnya.
Dalam masa sama, Muhyiddin menasihatkan, perayaan tetap boleh disambut bersama jiran-jiran terdekat di sekitar kediaman dengan mengikuti garis panduan kesihatan yang telah ditetapkan.
“Tapi ini tidak bermakna kita tidak boleh menyambut perayaan Aidilfitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai.
“Ziarah dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa yang sama.
“Jadi tidak perlulah buat jamuan besar-besaran atau rumah terbuka,” tambahnya lagi.
Muhyiddin turut menasihatkan agar rakyat tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan yang ditetapkan iaitu jaga jarak sosial, memakai penutup muka dan hidung serta amalan kebersihan diri.
Sumber: BERNAMA, Siakap Keli
KOMEN TERKINI