
PKPB: HANYA RENTAS DAERAH DALAM NEGERI SAMA DIBENARKAN
PUTRAJAYA – Kerajaan membenarkan pergerakan rentas daerah dalam yang negeri sama dan polis pula boleh mengesan taktik pemandu yang mahu merentas negeri kerana sudah biasa dengan jawapan orang ramai sebelum ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi kes-kes di mana wujud dakwaan mengatakan polis tidak membenarkan mereka merentas daerah sebenarnya tidak tepat.
“Buat masa ini rakyat di sesebuah negeri dibenarkan di dalam daerah. Sebagai contoh pergerakan dari Kuantan ke Kuala Lipis walaupun perjalanan mengambil masa kira-kira empat jam, ia tetap dibenarkan,” katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI