PENIAGA PASAR MALAM RAYU KEBENARAN BEROPERASI

Jaafar (tengah) menunjukkan salinan surat permohonan pembukaan pasar malam yang dihantar kepada MKN dan Pejabat Menteri Besar Perak ketika sidang akhbar bersama beberapa persatuan yang lain di sini hari ini | Gambar Sinar Harian

TERKINI: PENIAGA PASAR MALAM RAYU KEBENARAN BEROPERASI

IPOH – Beberapa persatuan penjaja dan peniaga pasar malam di bandar raya Ipoh merayu kerajaan mempertimbangkan pembukaan pasar malam di seluruh negara mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pengerusi Persatuan Penjaja-Penjaja Kecil Melayu dan Pasar Malam Bergerak Bahagian Kinta, Jaafar Uthman berkata, golongan peniaga pasar malam kini berada dalam keadaan amat terdesak kerana kehilangan pendapatan selama tiga bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sehingga kini.

Menurutnya, golongan peniaga pasar malam ini merupakan antara kumpulan yang tidak tersenarai untuk menerima bantuan daripada kerajaan kerana tidak layak disebabkan kebanyakan mereka tidak mempunyai daftar syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) malah tidak berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan.

Baca Lanjut

PENGGUNA KELIRU KAEDAH KIRA BIL TNB: MENTERI

Shamsul Anuar (dua dari kiri) pada sidang media di Pejabat ST Perak hari ini.

ISU SEMASA: PENGGUNA KELIRU KAEDAH KIRA BIL TNB – MENTERI

IPOH – Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mengesahkan tiada sebarang kesilapan berlaku dalam pengiraan bil oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang didakwa melambung tinggi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Menterinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, perkara itu kemungkinan berlaku disebabkan salah faham segelintir pengguna yang keliru dengan kaedah pengiraan dilakukan syarikat utiliti terbabit.

“Satu perkara yang saya nak sebut, apa juga kaedah pengiraan, TNB tidak boleh membuat sewenangnya, ia hanya boleh dilakukan setelah ia diluluskan Suruhanjaya Tenaga (ST).

Baca Lanjut

PKPB: POLIS, TENTERA DATANG ‘BERAYA’ KE RUMAH

KETUA Balai Polis Air Itam, Asisten Superintendan Mohamad Fazly Abdullah (tiga dari kanan) bersama anggotanya dan tentera menjalankan tugas pemeriksaan dari rumah ke rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kampung Masjid, Air Itam di sini. Pemeriksaan untuk mengesan individu yang ingkar apabila pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri, serta pematuhan PKPB. FOTO DANIAL SAAD | Harian Metro

PKPB: POLIS, TENTERA DATANG ‘BERAYA’ KE RUMAH

KEMERIAHAN hari pertama Syawal yang diraikan penduduk di kediaman masing-masing dekat Ayer Hitam, Georgetown hari ini menerima kunjungan ‘tetamu istimewa’.

Lengkap berpakaian seragam, ‘tetamu istimewa’ yang terdiri daripada anggota polis dan tentera itu hadir bagi membuat pemeriksaan mengejut terhadap tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dari rumah ke rumah pagi hari ini.

Ketua Polis Balai Ayer Hitam Asisten Superintendan Mohamad Fazly Abdullah berkata, pemeriksaan itu membabitkan kira-kira 200 kediaman, malah pihak berkuasa memberikan nasihat berkaitan kepada seisi keluarga untuk sentiasa mematuhi SOP ketika musim perayaan.

Baca Lanjut

LUAHAN USTAZ EBIT LEW DI PAGI SYAWAL

KISAH KEHIDUPAN – LUAHAN USTAZ EBIT LEW DI PAGI SYAWAL

Nama Ustaz Ebit Lew sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Manakah tidaknya , beliau yang sangat merendah diri sentiasa membantu golongan yang kurang bernasib baik diseluruh Malaysia.

Seperti insan yang lain, Ustaz Ebit Lew sebagai orang islam turut meraikan sambutan aidilfitri di kala Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan ekoran penularan wabak penyakit Covid-19 yang sedang melanda negara kita.

Semua orang terkesan dan merasa sedih kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk meraikan hari lebaran pada tahun ini kerana larangan rentas Negeri yang harus dipatuhi.

Baca Lanjut