PKPB: SUAMI ISTERI TINGGAL BERJAUHAN ATAS URUSAN KERJA DIIZINKAN RENTAS NEGERI UNTUK BERTEMU
Kerajaan memberi kelonggaran kepada pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja untuk merentas negeri bagi tujuan berjumpa dengan keluarga.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan memahami keadaan sesetengah pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan dan terpisah dengan keluarga selama dua bulan.
“Bagi yang melibatkan rentas negeri Sabah dan Sarawak, saya berharap kerajaan negeri memberikan kelonggaran yang sama.
PKPB: Ziarah Raya Keluarga Dalam Negeri Dibolehkan, Tapi Terhad 20 Orang Dalam Satu-Satu Masa
“Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia atau hadir sendiri ke balai polis yang berdekatan,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini.
Sumber: BERNAMA, Siakap Keli
Info Tentang Aplikasi Gerak Malaysia;
KOMEN TERKINI