INFO: PERMOHONAN BANTUAN PROGRAM SAYANGI RUMAHKU 2022
Orang awam di negeri Perak yang ingin memohon bantuan baik pulih atau bina baru rumah boleh memohon melalui Program Sayangi Rumahku 2022 di bawah Yayasan Perak.
Program Sayangi Rumahku ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa tanpa mengira latar belakang mereka.
Bantuan baik pulih dan bina baharu rumah yang mengalami kerosakan rumah dan rumah yang telah uzur kini ditawarkan bagi pemohon yang layak.
Di sini kami kongsikan info lanjut tentang syarat, cara permohonan untuk makluman bersama.
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: PRE Negeri Perak 2022: Bantuan Penternak Ruminan & Ayam Kampung
APAKAH PROGRAM SAYANGI RUMAHKU?
Program ini menawarkan bantuan baik pulih dan bina baharu rumah TANPA BAYARAN bagi rakyat negeri Perak yang mengalami kerosakan rumah dan rumah yang telah uzur.
Terdapat 2 jenis bantuan yang ditawarkan iaitu:
- Bantuan Baik Pulih
- Bantuan bagi yang mempunyai rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki
- Bantuan Bina Baharu
- Bantuan bagi yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yang terlalu uzur atau tidak selamat diduduki
KRITERIA PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia dan Berkahwin
- Berumur 45 tahun dan ke atas menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di dalam negeri Perak
- Berdaftar di dalam e-Kasih atau disahkan miskin oleh Penghulu / Ketua Kampung
- Status tanah kediaman hak milik sendiri atau mendapat kebenaran menduduki (bagi permohonan Bina Baharu)
- Belum pernah menerima sebarang bantuan perumahan daripada agensi lain
- Status Pemilikan rumah sendiri (Bagi permohonan Baik Pulih)
CARA PERMOHONAN BANTUAN PROGRAM SAYANGI RUMAHKU
Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Cawangan Yayasan Perak (Bahagian Pembangunan Sosial), Pejabat ADUN atau dicetak di laman web Yayasan Perak di www.yayasanperak.gov.my
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak Yayasan Perak di talian 05 255 2929 / 05-246 0998.
Nota: Bagi anda yang ingin dapatkan pelbagai maklumat terkini terutama berkaitan bantuan kerajaan dan info-info berguna, sila ikuti group telegram kami di https://t.me/joinchat/VkYkA8svZj3WB3hD
KOMEN TERKINI