TEALIVE SAHUT CABARAN SELAMATKAN BUMI

TAHUKAH ANDA BAHAWA TEALIVE ADALAH DI ANTARA SYARIKAT F&B TERAWAL DI MALAYSIA YANG MENYAHUT CABARAN ‘SELAMATKAN BUMI’ DENGAN MELAKSANAKAN KEMPEN CINTAI ALAM SEKITAR DALAM DIAM.

Setinggi-tinggi tahniah kepada jenama terkenal ‘Tealive’ kerana telah melaksanakan kempen cintai alam sekitar dengan menggunakan produk biodegradable ‘Paper Straw’ untuk kegunaan pengguna di premis-premis Tealive terutamanya di Lembah Klang dan Selangor.

Jangan terkejut kerana jika anda ke premis tealive untuk membeli minuman mereka yang lazat itu anda tidak lagi dibekalkan dengan straw plastik berwarna ungu mereka.

Sebaliknya anda akan dibekalkan dengan straw berwarna putih yang diperbuat daripada kertas biodegradable atau sebutan mudahnya adalah ‘Paper Straw’.

Baca Lanjut

LAWATAN KE KILANG ECOBIO PACK MALAYSIA

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 26hb Disember 2019 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI Perak Bhd) telah mengadakan lawatan tidak rasmi ke pembuatan ‘Biodegradable Product milik Smart Partner KOPUBI Perak Bhd iaitu Syarikat EcoBio Pack Sdn Bhd di Subang Jaya, Selangor.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi KOPUBI iaitu En Sharul Baha Abd Rahman dan Ahli Lembaga Koperasi En Mohd Fhami Mohamed Nordin.

Kehadiran wakil koperasi telah disambut oleh Pengarah Urusan syarikat iaitu Pn Shieda Manap yang turut menyertai lawatan ke kilang yang menghasilan produk mesra alam ‘Paper Straw’.

Baca Lanjut

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KEMPEN CINTAI ALAM SEKITAR

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK

Terkini pada 26hb Oktober 2019 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI Perak Bhd) telah dijemput untuk menhadiri Majis Pelancaran Program Kempen Cintai Alam Sekitar anjuran bersama NGO PAWANA dan Syarikat EcoBio Pack Sdn Bhd di Subang Jaya, Selangor.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia.

Baca Lanjut

PROGRAM CAREER FEST 2019 ZON UTARA

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD TELAH TERPILIH UNTUK MENYERTAI PROGRAM ‘CAREER FEST’ 2019

Pada 28hb & 29hb September 2019 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah menyertai Program Career Fest 2019 Zon Utara anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Dewan Dato’ Maharaja Lela IKBN Seri Iskandar Perak.

Baca Lanjut