KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 26hb Disember 2019 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI Perak Bhd) telah mengadakan lawatan tidak rasmi ke pembuatan ‘Biodegradable Product milik Smart Partner KOPUBI Perak Bhd iaitu Syarikat EcoBio Pack Sdn Bhd di Subang Jaya, Selangor.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi KOPUBI iaitu En Sharul Baha Abd Rahman dan Ahli Lembaga Koperasi En Mohd Fhami Mohamed Nordin.

Kehadiran wakil koperasi telah disambut oleh Pengarah Urusan syarikat iaitu Pn Shieda Manap yang turut menyertai lawatan ke kilang yang menghasilan produk mesra alam ‘Paper Straw’.

(opens in a new tab)”>Berminat untuk menjadi Agen Jualan Produk Biodegradable kami –>

En. Mohd Fhami memerhati mesin yang membuat ‘Paper Straw’ Mesra alam di Kilang Smart Partner KOPUBI Perak Bhd.

Untuk makluman semua, produk ‘Biodegradable’ adalah produk pengguna yang mesra alam, mudah urai dan senang dilupuskan secara semulajadi. Dengan penggunaan produk yang mesra alam ini kita mampu menyelamatkan bumi kita yang sedang tenat.

Untuk makluman semua juga, produk plastik pakai buang seperti pembungkus makanan dan minuman mahupun straw yang kita gunakan sehari-harian, mengambil masa sehingga 100-500 tahun untuk dilupuskan dan sebenarnya tiada tempoh yang pasti bahawa bahan-bahan ini benar-benar akan reput atau lupus.

Berbeza dengan produk mudah urai (Biodegradable) ini, ianya hanya mengambil masa kurang dari 4 bulan untuk reput dan terurai dengan sendirinya.

Penggunaan bekas polisterin dan straw bukan saja tidak mudah lupus malah boleh menyebabkan pencemaran dan menghasilkan bahan kimia yang mengancam kesihatan manusia serta dikaitkan dengan pelbagai penyakit terutamanya kanser.

Alhamdulillah, KOPUBI Perak bhd telah dilantik sebagai pengedar tunggal produk ini di Negeri Perak dan kini membuka jualan kepada mereka yang berminat untuk membantu kami memelihara alam sekitar kita.

(opens in a new tab)”>Jom buat Part Time bersama KOPUBI Perak Bhd –>

En. Sharul, Pengerusi KOPUBI sedang berbual sesuatu dengan Pn Shieda Manap selaku Pengarah Urusan Ecobio Pack Malaysia.

KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah koperasi usahawan yang prihatin dan menyintai alam sekitar dengan ini menyeru kepada semua pemilik-pemilik restoran, kedai makan, food court dan sebagainya untuk sama-sama mengambil tanggungjawab dan inisiatif ini demi masa depan anak dan cucu kita.

Demi menjaga alam sekitar kita yang kian terancam ini, maka marilah kita sama-sama bertukar kepada Produk Mesra Alam ‘Biodegradable’ ini. Segalanya bermula dari anda! Melalui usaha murni yang bakal anda laksanakan ini maka akan tercapailah matlamat kita untuk memelihara bumi malah kesannya nanti akan dinikmati bersama oleh anak dan cucu cicit kita pada masa hadapan.

Terkini, kami selaku sebuah Koperasi Usahawan yang berdaya maju ingin menawarkan HARGA RUNTUH DAN HARGA KILANG KEPADA MANA-MANA PIHAK YANG TERDIRI DARIPADA TOKEH RESTORAN, PENGUSAHA PERNIAGAAN F&B, PEMILIK HOTEL UNTUK PRODUK MENDAPATKAB PRODUK BIODEGRADABLE ‘PAPER STRAW’ KOPUBI PERAK BHD!

(opens in a new tab)”>Baca lanjut Majlis Pelancaran Kempen Cintai Alam sekitar –>


KELEBIHAN UTAMA PRODUK ‘BIODEGRADABLE PAPER STRAW’ KOPUBI ialah;

  • 100% Buatan Malaysia
  • Ketahanan serapan air yang lebih lama (330gsm tickness)
  • Diperbuat Daripada ‘Craft Paper’ (Hampas tebu, jagung dan juga padi)
  • Menggunakan gam daripada tumbuh-tumbuhan (Ubi kayu)
  • Dihasilkan dan diproses di dalam kilang bilik bersih (Clean room factory process)
  • Mendapat pengiktirafan daripada FDA (FDA Approved)
  • Bakal mendapat pensijilan HALAL daripada JAKIM

HUBUNGI SEGERA UNTUK INFO LANJUT:
012 595 8082 / 019 577 3924 atau klik link whatsapp di bawah ini;

  1. www.wasap.my/60125958082/Paper+Straw
  2. www.wasap.my/60175773924/Paper+Straw

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD.
NO.57B SUSURAN STATION 18, STATION 18 PASIR PUTEH, 31650 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN
05-322 3924 | 011-6568 3924 | www.pubiperak.com/koperasi


Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Insyallah..

En. Sharul Baha Abd Rahman
Pengerusi KOPUBI Perak Bhd