KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK
Terkini pada 26hb Oktober 2019 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI Perak Bhd) telah dijemput untuk menhadiri Majis Pelancaran Program Kempen Cintai Alam Sekitar anjuran bersama NGO PAWANA dan Syarikat EcoBio Pack Sdn Bhd di Subang Jaya, Selangor.
Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia.
Mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Tuan Pengerusi Koperasi En. Sharul dan Timbalan Pengerusi Koperasi iaitu Tuan Abu Naufal serta Setiausaha Kehormat Saudara Mohamad Jamean. Turut Hadir Ketua Biro Koperasi En Mohd Fhami Mohamed Nordin.
Semasa Majlis Pelancaran ini, KOPUBI Perak Bhd melalui Tuan Pengerusinya, En Sharul telah menandatangai memorandum persefahaman di antara syarikat Ecobio Pack Sdn Bhd dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd bagi menjalankan Program Kempen Cintai Alam Sekitar Peringkat Negeri Perak.
Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd juga telah dilantik oleh Syarikat EcoBio Pack Sdn Bhd sebagai ‘Smart Partner’ untuk barangan ‘Biodegradable’ bagi seluruh Negeri Perak dan pelantikan itu telah disampaikan oleh Pengarah Urusan syarikat tersebut iaitu Pn Shieda Manap kepada wakil-wakil pihak koperasi.
Wakil-wakil koperasi turut berkesempatan mengiringi YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia membuat lawatan ke kilang Syarikat EcoBio Pack Sdn Bhd yang menghasilkan produk-produk ‘Biodegradable’ seperti ‘Paper Straw’ dan sebagainya.
Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.
Ini akan menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebuah koperasi yang kompiten serta memiliki daya saing yang tinggi untuk menjadi salah sebuah koperasi contoh di Negeri Perak ini pada masa hadapan. Insyallah..
Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd adalah sebuah koperasi usahawan yang giat menjalankan aktiviti ekonomi di Bandaraya Ipoh serta menawarkan kepada masyarakat pelbagai manfaat ekonomi dan sosial termasuk pinjaman peribadi disamping memberi pulangan dividen saham yang tinggi kepada anggota.
Mawardah Ahmad Yusni
Bendahari Kehormat KOPUBI Perak Bhd
KOMEN TERKINI