KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD TELAH TERPILIH UNTUK MENYERTAI PROGRAM ‘CAREER FEST’ 2019

Pada 28hb & 29hb September 2019 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah menyertai Program Career Fest 2019 Zon Utara anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Dewan Dato’ Maharaja Lela IKBN Seri Iskandar Perak.

Pn Shams Mukhriz selaku Ahli Lembaga Koperasi telah ditugaskan untuk mengetuai program ini telah berjaya menarik ramai orang untuk menyertai KOPUBI Perak Bhd sebagai Eksekutif Pemasaran Koperasi.

Untuk makluman semua, KOPUBI Perak Bhd telahpun melancarkan program kerjayanya di mana akan memberi peluang kepada orang ramai untuk menambah pendapat melalui jawatan yang yang ditawarkan iaitu Eksekutif Pemasaran Koperasi (EPK) & Pengurus Pemasaran Koperasi (PPK).

Melalui dua jawatan ini, pendapatan isi rumah rakyat di Negeri Perak dapat ditingkatkan dan mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara yang akan perlahan ketika ini.

Semoga dengan usaha yang dijalankan ini akan memberi manfaat kepada masyarakat umum disamping meningkat keupayaan koperasi di dalam usaha meningkatkan pendapatan negara serta merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Insyallah..

#KOPUBIPerakBhd #KoperasiUsahawan #PeluangKerjaya #EksekutifPemasaran #PengurusPemasaran #EPK #PPK



Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd adalah sebuah koperasi usahawan yang giat menjalankan aktiviti ekonomi di Bandaraya Ipoh serta menawarkan kepada masyarakat pelbagai manfaat ekonomi dan sosial termasuk pinjaman peribadi disamping memberi pulangan dividen saham yang tinggi kepada anggota.

Tuan Abu Naufal,
Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd