
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 16hb Januari 2020 yang lalu, Pengerusi KOPUBI Perak Bhd, En. Sharul Baha dan En. Fhami selaku Ahli Lembaga KOPUBI berkesempatan untuk membawa Pengarah Urusan Syarikat Pengeluar Air RO jenama Al Amin iaitu Ustaz Shahrullah Saidon yang juga merupakan Pengerusi kepada Maahad Tahfiz Akademi Al-Quran (MATIQ), Bangi Selangor ke Kilang pembuatan Produk Mesra Alam ‘Biodegradable’ di Subang Jaya Selangor.
Turut hadir menemani beliau ke lawatan ini adalah Tuan Fadil selaku Ahli Lembaga Syarikat dan juga merupakan Pengurus Kilang Air RO jenama Al Amin.
Mewakili pihak EcoBio Pack Malaysia pula adalah Pengarah Urusan Syarikat iaitu Pn Shieda Manap yang juga founder kepada product biodegradable ini dan juga pemilik kilang dan syarikat ini.
Baca Lanjut →





KOMEN TERKINI