KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 03hb Januari 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI Perak Bhd) telah mengadakan perjumpaan dengan wakil Pihak Hospital Pantai bagi membincangkan usahasama pembekalan Produk Mesra Alam ‘Biodegradable’ KOPUBI Perak Bhd bagi kegunaan pesakit-pesakit di hospital ini.

Menyambut wakil dari pihak koperasi adalah Mr Jeffrey, Senior Manager Hospital Division di Hospital Pantai dan Dietition Specialist Hospital Pantai Ms Chai Yen.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi KOPUBI iaitu En Sharul Baha Abd Rahman dan Ahli Lembaga Koperasi En Mohd Fhami Mohamed Nordin.

Alhamdulillah, perbincangan di antara kedua-dua pihak sangat berjalan dengan lancar dan kami mendapat respon yang sangat prositif serta sangat yakin bahawa usaha ke arah memelihara bumi akan dapat dilaksanakan di Bandaraya Ipoh ini tidak lama lagi.

Jom tengok Lawatan Ahli Lembaga KOPUBI ke Kilang Pembuatan Paper Straw Pertama di Malaysia –>

Untuk makluman semua KOPUBI Perak Bhd adalah pembekal UTAMA PRODUK-PRODUK BIODEGRADABLE DI NEGERI PERAK!

Tahukah anda KOPUBI Perak Bhd adalah Pengedar Tunggal ‘Paper Straw’ pertama di Negeri Perak –>

PRODUK UTAMA KAMI ADALAH ‘PAPER STRAW’

Apa itu Paper Straw?? Paper Straw adalah penghirup minuman yang diperbuat daripada kertas yang mudah lupus dan sangat selamat untuk bumi kita.

Untuk makluman semua, produk paper straw KOPUBI Perak Bhd ini adalah ‘Product Biodegradable’ iaitu produk pengguna yang mesra alam, mudah urai dan senang dilupuskan secara semulajadi. Dengan penggunaan produk yang mesra alam ini kita mampu menyelamatkan bumi kita yang sedang tenat.

Untuk makluman semua juga, produk plastik pakai buang seperti pembungkus makanan dan minuman mahupun straw plastik yang kita gunakan sehari-harian, mengambil masa sehingga 100-500 tahun untuk dilupuskan dan sebenarnya tiada tempoh yang pasti bahawa bahan-bahan ini benar-benar akan reput atau lupus.

Berbeza dengan produk mudah urai (Biodegradable) ini, ianya hanya mengambil masa kurang dari 4 bulan untuk reput dan terurai dengan sendirinya.

Pencemaran plastik ancam hidupan laut

Penggunaan bekas polisterin dan straw bukan saja tidak mudah lupus malah boleh menyebabkan pencemaran dan menghasilkan bahan kimia yang mengancam kesihatan manusia serta dikaitkan dengan pelbagai penyakit terutamanya kanser.

Kesan ini sudah pasti akan ditanggung oleh generasi akan datang dan sudah pasti ianya amat membimbangkan.

Baca juga artikel ‘Tealive’ Sahut Cabaran Selamatkan Bumi –>

KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah koperasi usahawan yang prihatin dan menyintai alam sekitar dengan ini menyeru kepada semua pemilik-pemilik restoran, kedai makan, food court dan sebagainya untuk sama-sama mengambil tanggungjawab untuk memelihara bumi kita.

Demi menjaga alam sekitar kita yang kian terancam ini, maka marilah kita sama-sama bertukar kepada Produk Mesra Alam ‘Biodegradable’ ini. Segalanya bermula dari anda! Melalui usaha murni yang bakal anda laksanakan ini maka akan tercapailah matlamat kita untuk memelihara bumi malah kesannya nanti akan dinikmati bersama oleh anak dan cucu cicit kita pada masa hadapan.

Terkini, kami selaku sebuah Koperasi Usahawan yang berdaya maju ingin menawarkan HARGA RUNTUH DAN HARGA KILANG KEPADA MANA-MANA PIHAK YANG TERDIRI DARIPADA TOKEH RESTORAN, PENGUSAHA PERNIAGAAN F&B, PEMILIK HOTEL UNTUK PRODUK MENDAPATKAB PRODUK BIODEGRADABLE ‘PAPER STRAW’ KOPUBI PERAK BHD!

Larangan penggunaan straw plastik ini telah dikuatkuasakan melibatkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebelum ianya diseragamkan ke negeri-negeri lain selaras dengan pelan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) mengenai hala tuju sifar penggunaan plastik pakai buang menjelang tahun 2030.

KELEBIHAN UTAMA PRODUK ‘BIODEGRADABLE PAPER STRAW’ KOPUBI ialah;

  • 100% Buatan Malaysia
  • Ketahanan serapan air yang lebih lama (330gsm tickness)
  • Diperbuat Daripada ‘Craft Paper’ (Hampas tebu, jagung dan juga padi)
  • Menggunakan gam daripada tumbuh-tumbuhan (Ubi kayu)
  • Dihasilkan dan diproses di dalam kilang bilik bersih (Clean room factory process)
  • Mendapat pengiktirafan daripada FDA (FDA Approved)
  • Bakal mendapat pensijilan HALAL daripada JAKIM

HUBUNGI SEGERA UNTUK INFO LANJUT:
012 595 8082 / 019 577 3924 atau klik link whatsapp di bawah ini;

  1. www.wasap.my/60125958082/Paper+Straw
  2. www.wasap.my/60175773924/Paper+Straw

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD.
NO.57B SUSURAN STATION 18, STATION 18 PASIR PUTEH, 31650 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN
05-322 3924 | www.pubiperak.com/koperasi

Jom buat Part Time bersama KOPUBI Perak Bhd sambil membantu misi menyelamatkan bumi kita –>


Semoga usaha yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pengarah KOPUBI Perak Bhd ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Insyallah..

En Mohd Fhami Mohamed Nordin
Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd.