TAKLIMAT PENGURUSAN HARTA PUSAKA, HIBAH DAN WASIAT

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 26hb Mac 2025 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya sebuah sesi Taklimat berkaitan Pengurusan Harta Pusaka, Hibah Dan Wasiat kepada guru-guru dan kakitangan di salah sebuah Sekolah di Ipoh Perak.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Pengurus Pemasaran KOPUBI Perak Bhd yang berpengalaman dalam bidang pengurusan harta pusaka, hibah, dan wasiat dan kami yakin bahawa maklumat yang telah disampaikan ini akan mampu memberi manfaat besar kepada guru-guru dan kakitangan sekolah tersebut.

Baca Lanjut

INTERNATIONAL WOMAN’S DAY CONFERENCE 2022

KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.

Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 8hb Mac 2022 yang lalu Kumpulan PUBI yang terdiri daripada gabungan dua buah entiti iaitu Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah dijemput untuk menghadiri ke sebuah program iaitu International Women’s Day Conference 2022 ayng telah berlangsung di Ipoh International Convention Center.

Baca Lanjut