MAJLIS BACAAN YASSIN DI PEJABAT BAHARU KUMPULAN PUBI

KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.

Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 6hb Disember 2023 yang lalu, sebuah majlis bacaan yassin dan solat isyak berjemaah telah diadakan bersempena dengan kemasukan ke Pejabat Urusan Kumpulan PUBI yang baharu di alamat No. 83A, Medan Stesen 18/1, Stesen 18, Ipoh Perak Darul Ridzuan.

Baca Lanjut

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT BUAT TUAN ABU NAUFAL

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT BUAT TUAN ABU NAUFAL

Pada 11hb November 2021 yang lalu, Kumpulan PUBI melalui Setiausahanya telah menganjurkan sebuah Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat yang dikhusukan kepada Tuan Kudus Alie Novel @ Abu Naufal bin Mohamat Yunus yang kini sedang menjalani rawatan di wad ICU Hospital Raja Permaisuri Bainun akibat penyakit Covid-19.

Status terkini yang dimaklumkan oleh isteri beliu adalah agak mendukacitakan di mana Tuan Kudus Alie Novel @ Abu Naufal telah ditidurkan oleh pihak hospital dan paru-paru serta kadar oksigen beliau masih pada kadar yang rendah.

Oleh yang demikian pihak Kumpulan PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan Koperasi Usahawan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) telah mengambil inisiatif bagi menjalankan majlis ini serta memohon kepada Allah SWT agar diberi kesembuhan kepada Tuan Kudus Alie Novel @ Abu Naufal serta diberi kesihatan yang baik, insyallah.

Baca Lanjut