KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.

Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 6hb Disember 2023 yang lalu, sebuah majlis bacaan yassin dan solat isyak berjemaah telah diadakan bersempena dengan kemasukan ke Pejabat Urusan Kumpulan PUBI yang baharu di alamat No. 83A, Medan Stesen 18/1, Stesen 18, Ipoh Perak Darul Ridzuan.

AKTIVITI KUMPULAN PUBI SEBELUM INI: Operasi Pemasangan Signboard Pejabat Urusan Baharu Kumpulan PUBI

Alhamdulillah, majlis yang dirancang itu telah berjalan dengan lancar dan telah diketuai oleh Imam Jemputan iaitu Ustaz Abdul Halim dan turut disertai oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan juga Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd.

Pada majlis tersebut En Sharul Rahman selaku Pengerusi Kumpulan PUBI bersama Timbalan beliau iaitu En Haizul Fakarudin turut hadir dan telah sama-sama bersolat jemaah serta membaca surah yassin.

Turut hadir adalah Bendahari PUBI Perak iaitu Saudara Mohamad Nafis dan juga Pn Zuraida selaku Penolong Setiausaha PUBI Perak dan juga KOPUBI Perak Bhd.

Setelah selesai bersolat jemaah dan juga bacaan yassin, para hadirin telah menjamu selera dengan juadah yang telah disediakan disamping beramah mesra di antara satu sama lain.

Semoga ikatan yang terjalin di antara Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan juga Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd terus bertaut dan dipenuhi dengan lembaran kasih sayang.

Setelah selesai bersolat jemaah dan juga bacaan yassin, para hadirin telah menjamu selera dengan juadah yang telah disediakan disamping beramah mesra di antara satu sama lain.

Untuk makluman semua, Kumpulan PUBI telah beroperasi di bangunan ini sepenuhnya yang mana akan menguruskan segala urusan pengoperasian NGO PUBI Perak dan Juga Koperasi KOPUBI Perak Bhd.

Ahli-ahli Persatuan dan juga Anggota Koperasi yang ingin berurusan dengan Kumpulan PUBI kini boleh hadir ke alamat seperti mana dinyatakan di atas bagi segala urusan berkaitan PUBI Perak dan juga KOPUBI.

Insyallah, pada tahun 2024 Kumpulan PUBI akan meneruskan segala usaha yang telah dilaksanakan serta direncana selama ini di dalam usaha membangunkan usahawan serta gerakan Koperasi di Bandar Ipoh secara umumnya dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

Sama-samalah kita doakan agar Kumpulan PUBI terus maju ke hadapan seterusnya menjadi contoh kepada badan bukan kerajaan yang lainnya.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masa hadapan yang lebih gemilang dan semoga PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd akan menjadi salah sebuah entiti yang unggul di Negeri Perak dan seterusnya menjadi contoh kepada NGO dan koperasi lain di negara ini secara amnya.

Insyallah.. 

#PUBI #NGOusahawan #KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #Malaysia