MAJLIS IFTAR DAN PENYERAHAN SUMBANGAN RAYA KEPADA ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN ANJURAN PUBI PERAK 2021

SUMBANGAN UNTUK KELENGKAPAN RAYA DAN KEPERLUAN ASAS DIPERLUKAN UNTUK DISUMBANGKAN KEPADA RUMAH ANAK YATIM AN-NUR MAISARAH, CHEMOR PERAK DAN FAKIR MISKIN.

PUBI Perak dan KOPUBI Perak Bhd akan mengadakan sebuah Majlis Iftar untuk meraikan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim An-Nur Maisarah yang terletak di Chemor, Perak dan juga Golongan Fakir Miskin di sekitar Bandar Ipoh.

Majlis tersebut dijangka akan berlangsung pada 28hb April 2021 ini dan akan turut melibatkan beberapa buah entiti yang ternama di bandar Ipoh iaitu TAJ International College, J&T Express Malaysia (Negeri Perak) dan juga Butik Vendor No.1 di Perak iaitu Gondola 31.

Pada majlis ini nanti, penghuni rumah kebajikan ini berserta penyelia dan penjaga mereka akan diraikan di dewan konvokesyen TAJ International College disamping berbuka puasa bersama. Mereka juga akan menerima sumbangan duit raya, baju raya dan keperluan lain hasil kutipan daripada orang ramai melalui program ini.

Baca Lanjut

PENYERAHAN INSENTIF BANTUAN PERSEKOLAHAN B40 2021

PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.

Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.

Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 10hb April 2021 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah mengadakan majlis ringkas Penyerahan Insentif Bantuan Persekolahan B40 2021 Kumpulan PUBI kepada Ahli-ahli Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) yang layak menerima insentif ini.

Baca Lanjut

TUN RAHAH MENINGGAL DUNIA: UCAPAN TAKZIAH DARIPADA KUMPULAN PUBI

SALAM TAKZIAH

KUMPULAN PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI), Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. (KOPUBI) dan Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI) ingin merakamkan ucapan TAKZIAH kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 di atas pemergian ibunya yang tercinta iaitu Tun Rahah Mohamed Noah.

Tun Rahah Mohamad Noah juga merupakan balu kepada bekas Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein, meninggal dunia petang ini ketika dalam rawatan di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur.

Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

Al-Fatihah..

Daripada,
Ahli Jawatankuasa, Ahli Lembaga & Anggota Kabinet Kumpulan PUBI

PUBI PERAK MELANCARKAN PLATFORM KEDAI ONLINE YANG PERTAMA DI BANDAR IPOH

TERKINI: PUBI PERAK MELANCARKAN PLATFORM KEDAI ONLINE YANG PERTAMA DI BANDAR IPOH

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak telah membangunkan platform jual-beli secara online yang menggunakan platform laman web dan dilengkapi dengan payment gateway sistem yang selamat dan sangat dipercayai.

Pelancaran Kedai Online ini adalah sebahagian daripada usaha Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) bagi mencapai objektif dan misi serta visi penubuhan persatuan ini sejak tahun 2016 yang lalu disamping membuka peluang kepada semua untuk memasarkan produk secara digital.

Oleh itu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) ingin mempelawa para pengusaha-pengusaha produk, peniaga online serta usahawan IKS untuk meletak produk mereka di kedai online PUBI Perak bagi memasarkan produk-produk masing-masing keseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Baca Lanjut