TERKINI: PUBI PERAK MELANCARKAN PLATFORM KEDAI ONLINE YANG PERTAMA DI BANDAR IPOH

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak telah membangunkan platform jual-beli secara online yang menggunakan platform laman web dan dilengkapi dengan payment gateway sistem yang selamat dan sangat dipercayai.

Pelancaran Kedai Online ini adalah sebahagian daripada usaha Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) bagi mencapai objektif dan misi serta visi penubuhan persatuan ini sejak tahun 2016 yang lalu disamping membuka peluang kepada semua untuk memasarkan produk secara digital.

Oleh itu, Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) ingin mempelawa para pengusaha-pengusaha produk, peniaga online serta usahawan IKS untuk meletak produk mereka di kedai online PUBI Perak bagi memasarkan produk-produk masing-masing keseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: SOP PKPB Yang Kita Mesti Tahu

Kepada mereka yang berminat untuk menggunakan platform ini bolehlah membuka kedai online (shop) masing-masing dengan mendaftar sebagai vendor/seller dengan klik pada link –> Buka Akaun Seller / Vendor | Kedai Online PUBI (pubiperak.com) atau klik pada butang yang disediakan di bawah ini.

Pendaftaran sebagai vendor/seller ini adalah PERCUMA dan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI).

Kedai Online PUBI Perak ini boleh dilawati melalui alamat https://www.pubiperak.com/shop/ dan sebarang pertanyaan sila hubungi 05-322 7297. Pihak persatuan juga menyediakan Group Whatsapp yang bertujuan untuk membantu dari segi teknikal dan khidmat nasihat berkaitan pemasaran digital. Anda boleh join whatsapp group dengan klik link ini –>

Semoga platform ini akan memberi manfaat kepada semua dan akan memberi impak yang besar kepada ekonomi negara terutamanya di Bandaraya Ipoh ini secara khususnya dan secara amnya di Negeri Perak.

Insyallah.