
PUBI PERAK SELAKU PERSATUAN USAHAWAN DAN NGO PERAK YANG AKTIF DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN USAHA-USAHA MURNI UNTUK MEMBANGUNKAN USAHAWAN SERTA MEMBANTU USAHAWAN DISAMPING MENJALANKAN AKTIVITI KEBAJIKAN DAN AMAL UNTUK MEMBANTU MASYARAT DI LUAR SANA.
Antara usaha yang dijalankan oleh PUBI Perak adalah dengan menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan.
Selain itu, PUBI Perak selaku NGO Perak yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.
Terkini pada 10hb April 2021 yang lalu, PUBI Perak selaku Persatuan Usahawan dan NGO yang aktif di Negeri Perak telah mengadakan majlis ringkas Penyerahan Insentif Bantuan Persekolahan B40 2021 Kumpulan PUBI kepada Ahli-ahli Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) yang layak menerima insentif ini.

AKTIVITI PERSATUAN SEBELUM INI: Kursus Pengurusan Kewangan Dan Pemasaran Berkesan (Siri-1)
Sejak tahun 2020 yang lalu, Kumpulan PUBI telah mengorak langkah dengan mengumumkan beberapa Manfaat Ekslusif serta Insentif 2021 yang dinikmati oleh ahli-ahli dan anggota yang bernaung di bawah Kumpulan PUBI.
Kumpulan PUBI sangat yakin dan berharap agar dengan manfaat serta insentif yang disediakan ini akan dapat menyemarakkan lagi semangat kekitaan serta semangat satu pasukan di kalangan ahli dan anggota Kumpulan PUBI disamping akan menyatu-padukan kita di bawah satu payung yang memupuk semangat keusahawanan yang tinggi.
Antara manfaat yang telah ditawarkan kepada ahli dan anggota adalah seperti berikut;
- Manfaat Khairat Kematian untuk ahli dan anggota keluarga Kumpulan PUBI
- Insentif Bantuan Persekolahan Kumpulan PUBI
- Insentif Anugerah Intelek Kumpulan PUBI
- Insentif ‘Member get Member PUBI PeraK’
Manfaat yang ditawarkan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa dari semasa ke semasa.
Bagi tahun 2021 ini, Kumpulan PUBI meneruskan usahanya untuk membantu ahli dengan manfaat yang ditawarkan dan terkini pada 10hb April 2021 ini akan berlangsung sebuah majlis ringkas Penyerahan Insentif Bantuan Persekolahan B40 2021 kepada penerima-penerima yang layak menerima insentif khas ini.
Manfaat ini adalah bantuan persekolahan sebanyak RM50 seorang kepada setiap anak-anak ahli dan anggota Kumpulan PUBI dan terhad kepada 3 orang anak berumur di antara 7 hingga 12 tahun.
Pada Majlis penyerahan tersebut, seramai 19 orang anak-anak ahli serta anggota telah layak menerima bantuan ini di mana sebahagian penerima menerima bantuan ini secara bersemuka hari ini dan sebahagian pula diagihkan melalui ‘online banking’.
Kumpulan PUBI berharap dengan adanya manfaat serta insentif yang ditawarkan ini akan dimanfaat sepenuhnya oleh seluruh Ahli PUBI Perak dan juga Anggota KOPUBI Perak Bhd.
Kepada masyarakat di luar sana, ambillah peluang dan kesempatan yang diberikan ini dan berdaftarlah sebagai ahli PUBI atau KOPUBI semoga kesatuan kita kekal utuh dan semarak selamanya. Insyallah..
#PUBIPerak #KOPUBIPerakBhd #KumpulanPUBI #KOPUBI #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi
KOMEN TERKINI