MESYUARAT AGUNG PERMULAAN KOPERASI WANITA UNGGUL IPOH BHD


KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR.

Antara usaha yang dijalankan oleh Kumpulan PUBI adalah menganjurkan kelas dan bengkel latihan keusahawanan, kursus usahawan dan taklimat yang berimpak tinggi melalui persatuan serta memberi manfaat yang sangat berguna kepada usahawan dan bakal usahawan disamping menjalankan aktiviti ekonomi melalui gerakan Koperasi yang ditubuhkan.

Selain itu, Kumpulan PUBI Perak yang terdiri daripada NGO Perak dan Koperasi yang prihatin juga turut memainkan peranan yang besar di dalam komuniti dengan menjalankan aktiviti amal, sosial, kebajikan serta kemasyarakatan.

Terkini pada 26hb Januari 2025 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Wanita Unggul Bandar Ipoh Bhd atau dikenali sebagai KOWUBI Bhd.

Baca Lanjut

SIMPOSIUM KOPERASI WANITA 2024

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 7hb dan 8hb November 2024 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah menghantar dua orang wakil Anggota untuk menyertai sebuah Program anjuran ANGKASA iaitu Simposium Koperasi Wanita 2024 yang berlangsung di Summit Hotel USJ, Selangor.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd ke simposium ini adalah Pn Zuraida Zulkepli selaku Penolong Setiausaha Koperasi dan juga Pn Jamaliah Md Yatim selaku Ketua Juruaudit Dalaman KOPUBI Perak Bhd.

Simposium ini diadakan fokus kepada koperasi serta anggota wanita bertujuan untuk memberi maklumat dan pendedahan berkaitan dengan pelbagai aspek, antaranya isu dan cabaran mendepani persaingan dalam perniagaan koperasi serta memperkasa kepimpinan wanita dalam gerakan koperasi.

Baca Lanjut