KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENINGKATKAN JANA PEMBANGUNAN EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 7hb dan 8hb November 2024 yang lalu, KOPUBI Perak Bhd telah menghantar dua orang wakil Anggota untuk menyertai sebuah Program anjuran ANGKASA iaitu Simposium Koperasi Wanita 2024 yang berlangsung di Summit Hotel USJ, Selangor.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd ke simposium ini adalah Pn Zuraida Zulkepli selaku Penolong Setiausaha Koperasi dan juga Pn Jamaliah Md Yatim selaku Ketua Juruaudit Dalaman KOPUBI Perak Bhd.

Simposium ini diadakan fokus kepada koperasi serta anggota wanita bertujuan untuk memberi maklumat dan pendedahan berkaitan dengan pelbagai aspek, antaranya isu dan cabaran mendepani persaingan dalam perniagaan koperasi serta memperkasa kepimpinan wanita dalam gerakan koperasi.

AKTIVITI KOPERASI SEBELUM INI: Program One Stop Centre (OSC) Sejahtera Sosial Daerah Kinta

Seramai 286 peserta telah hadir dari seluruh pelusuk negara termasuk Sabah dan Sarawak di mana dalam Simposium ini yang memperlihatkan satu maklum balas yang positif untuk penyertaan kali ini.

Untuk makluman semua, Perasmian Penutupan Simposium ini telah disempurnakan oleh YB Puan Anfal binti Saari, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor.

Turut hadir bersama semasa majlis perasmian penutupan tersebut, YBrs. Puan Hajah Noorizan Abd Latif, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Sembilan Merangkap Wakil Sektor Wanita ANGKASA, YBhg. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Presiden ANGKASA Merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO) dan Naib Presiden International Cooperative Alliance Asia andpasific (ICA-AP) bersama YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Simposium yang berlangsung selama 2 hari ini memperlihatkan sebagai satu platform diperingkat koperator wanita untuk menerima maklumat dan berkongsi idea serta pendapat dalam menggerakkan koperasi ke satu petanda aras yang tinggi.

ANGKASA Negeri Perak juga tidak ketinggalan untuk membawa wakil deligrasi di mana seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada Anggota Koperasi Wanita telah hadir dengan menaiki bas yang disewa khas.

Mewakili KOPUBI Perak Bhd ke simposium ini adalah Pn Zuraida Zulkepli selaku Penolong Setiausaha Koperasi dan juga Pn Jamaliah Md Yatim selaku Ketua Juruaudit Dalaman KOPUBI Perak Bhd.

Deligrasi wanita ini telah diketuai oleh Timbalan Pengerusi JPAN Perak, Ybrs Pn Fadzilah Arshad.

Penyertaan KOPUBI Perak Bhd di dalam Simposium ini secara tidak langsung akan memberi impak yang tersendiri dan seterusnya akan membawa KOPUBI ke arah kejayaan yang lebih mampan pada masa hadapan.

Seterusnya menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah Koperasi yang mampan serta mencapai objektif yang telah digariskan sejak penubuhannya.

Diharapkan dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota KOPUBI Perak Bhd disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Semoga KOPUBI Perak Bhd akan mampu menjadi salah sebuah koperasi yang kompiten serta memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak.

Insyallah.. 

#KOPUBI #SimposiumKoperasiWanita #KoperasiUsahawan #MencaknaEkonomiBangsa #GerakanKoperasi #ANGKASA #ANGKASACoop #Malaysia