
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK
Terkini pada 24 Disember 2019, KOPUBI Perak Bhd telah dijemput untuk hadir ke Pejabat Peguam Khairul & Syuhada bagi menandatangani Perjanjian Usahasama Projek Ladang Harapan anjuran SADC Perak.
Mewakili KOPUBI Perak Bhd adalah Pengerusi Koperasi iaitu En. Sharul Baha Abd Rahman dan Timbalan Pengerusi Koperasi iaitu Tuan Kudus Alie Novel.
Umum sedia maklum bahawa sebanyak 8 buah koperasi di Negeri Perak telah terpilih untuk menyertai projek ladang harapan anjuran SADC Perak ini dan KOPUBI Perak Bhd adalah salah sebuah koperasi yang sangat bertuah kerana terpilih.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI