KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR
Bagi mempersiapkan diri setiap anggota Ahli Jawatankuasa Kumpulan PUBI yang diberi tanggungjawab yang sangat besar ini.
Sebuah Mesyuarat Anggota Kabinet Kumpulan PUBI 2019 akan diadakan tidak lama lagi yang mana mana akan menghimpunkan lebih 30 individu yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Induk dan AJK Kecil PUBI Perak, Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd dan juga Ahli Majlis Tertinggi Kelab Belia PUBI.
Mereka adalah individu yang telah dipilih untuk menggalas amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan beberapa Visi & Misi Kumpulan PUBI yang telah digariskan demi masa depan penyatuan usahawan yang gemilang dan terbilang pada masa hadapan.
Mesyuarat tersebut akan berlangsung seperti berikut;
Tarikh : 29hb DISEMBER 2019 (AHAD)
Tempat : Symphony hotel, Ipoh Perak
Masa : 09.00 am – 05.00 pm
Untuk makluman semua, objektif utama penganjuran Mesyuarat ini adalah untuk merangka serta membincangkan hala-tuju ke setiap entiti di bawah Kumpulan PUBI yang terdiri daripada sebuah NGO iaitu Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI Perak), sebuah Koperasi iaiti Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) dan juga sebuah Kelab Belia iaitu Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI).
Aktiviti-aktiviti keusahawanan yang bermanfaat kepada ahli serta anggota secara khasnya akan dirancang dan diteliti pada mesyuarat ini dan ianya juga di dalam masa yang sama akan memberi impak yang besar kepada usahawan-usahawan di Bandaraya Ipoh ini.
Dijangka YB Hasnul Zulkarnain Bin Abd Munaim selaku Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Kerajaan Negeri merangkap Penaung Kepada PUBI Perak akan hadir pada mesyuarat itu nanti.
Semoga Mesyuarat yang dirancang ini akan berlangsung dengan jayanya serta mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola bagi Mesyuarat Khas ini. Insyallah..
Kumpulan PUBI adalah sebuah gabungan yang mengabungkan 3 buah entiti di bawah satu payung di mana kumpulan ini menjadi penggerak utama gerakan usahawan di Bandaraya Ipoh secara khususnya.
Melalui gabungan ini, wadah dan perjuangan dalam sektor keusahawanan dapat di bawa dan akan menjadi inspirasi kepada semua untuk terus maju di dalam dunia perniagaan yang kian mencabar.
Semoga kumpulan ini akan melahirkan lebih ramai usahawan yang bertaraf jutawan yang beriman serta memberi manfaat kepada agama, negara dan juga bangsa.
Tuan Kudus Alie Novel Bin Mohamat Yunus
Naib Pengerusi Kumpulan PUBI
KOMEN TERKINI