fbpx
NGO Perak Paling Aktif‎

PROGRAM TEMU RAPAT KUMPULAN PUBI 2019

KUMPULAN PUBI SEBAGAI SEBUAH ENTITI YANG MEMPERJUANGKAN MISI & VISI UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN DI BANDARAYA IPOH MENERUSKAN AGENDA PEMANTAPAN YANG AKAN MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI SERTA KELESTARIAN SEKTOR USAHAWAN YANG KIAN MAMPAN DAN MANCABAR

Kumpulan PUBI adalah sebuah entiti yang menggabungkan 3 buah entiti yang utama iaitu Persatuan Usahawan Bersatun Ipoh Perak (PUBI Perak), Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI) dan Kelab Belia Pemacu Usahawan Bandar Ipoh (KBPUBI) telah menganjurkan sebuah program yang sangat-sangat julung kali di adakan.

Program yang dimaksudkan adalah ‘Program Temu Rapat Kumpulan PUBI 2019 di mana program yang sangat bermanfaat ini telah berlangsung di Dewan Orang Ramai Desa Perwira, Rapat Setia Ipoh Perak pada 15hb Disember 2019 yang lalu.

Program ini adalah anjuran bersama Jawatankuasa Majlis Tertinggi Kumpulan PUBI yang dipengerusikan oleh En. Sharul Baha Bin Abd Rahman di mana ianya turut melibatkan Ahli Peniaga Pasar Malam anjuran PUBI Perak.


Antara Objektif dan Manfaat program ini ialah:-

✓ Perkongsian hala tuju dan perancangan kumpulan PUBI bagi tahun 2020.
✓ Perkongsian manfaat yang ditawarkan oleh setiap entiti Kumpulan PUBI yang terdiri daripada Persatuan Usahawan, Koperasi dan juga Kelab Belia.
✓ Sesi Ramah Mesra, Berkenalan dan Networking sesama ahli & anggota kumpulan PUBI
✓ Saling Berukar-tukar pandangan dan idea
✓ Perkongsian peluang-peluang untuk mengembangkan perniagaan

Program Temu Rapat Kumpulan PUBI 2019 ini juga telah menyaksikan sebuah MOU ditandatangani di antara Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad (KOPUBI) dengan Pemaju Perumahan D’Aman Residensi Sdn Bhd.


En. Sharul selaku Pengerusi KOPUBI menurunkan tandatangan usahasama strategik dengan D’Aman Residensi Sdn Bhd.

MOU tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi KOPUBI iaitu En. Sharul Baha Bin Abd Rahmani dan mewakili D’Aman Residensi adalah Pengarah Urusan Yang Berbahagia Dato’ Azizul Kama Bin Abd Aziz.

MOU ini telah disaksikan oleh Pengerusi MPKK Desa Perwira Tuan Haji Sazali Bin Mohd Salleh dan juga CEO D’Aman Residensi Mr Ong Teen Bong serta ahli-ahli anggota Kumpulan PUBI Perak termasuk Ahli-ahli Jawatankuasa seluruh Kumpulan PUBI.

Kumpulan PUBI ingin merakan ucapan jutaan setinggi terima kasih kepada Pengurusan D’Aman Residensi yang telah memberi peluang dan ruang kepada KOPUBI Perak Bhd untuk meningkatkan aktiviti ekonomi disamping membantu seluruh anggotanya mendapat manfaat serta pulangan yang berlipat ganda.

Semoga dengan termeterainya Perjanjian Kerjasama Strategik ini akan menyemarakkan lagi kempen keanggotaan KOPUBI sebagai salah sebuah Koperasi yang kompeten di Bandaraya Ipoh ini.

Untuk maklumat semua, semasa program ini berlangsung, JK Kebajikan dan Kerohanian PUBI Perak telah memnyerahkan sumbangan khairat kematian kepada ahli PUBI iaitu Pn Rosilawati di atas pemergian Ayahanda beliau pada tempoh hari serta membuat sumbangan barang-barang keperluan asas kepada ahli-ahli dan anggota Ibu Tunggal Kumpulan PUBI.


Penyerahan sumbangan barang-barang keperluan asas kepada ahli-ahli dan anggota Ibu Tunggal Kumpulan PUBI.

Kumpulan PUBI juga telah mengumumkan beberapa Insentif Baharu bagi tahun 2020 bagi menarik lebih ramai warga Negeri Perak untuk menyertai Kumpulan PUBI sebagai ahli persatuan, anggota koperasi mahupun kelab belia anjuran PUBI.

Akhir sekali Kumpulan PUBI juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada TM Unifi yang sudi menaja Program Temu Rapat Kumpulan PUBI 2019 buat julung kali diadakan ini.

Maka dengan terlaksananya program yang sangat bermanfaat pada hari ini diharapkan agar KUMPULAN PUBI akan menjadi sebuah entiti yang aktif di Bandaraya Ipoh dengan memiliki imejnya yang tersendiri serta berada pada kelasnya di mata dunia.

Semoga KUMPULAN PUBI akan terus maju dan berdaya saing sebagai sebuah Persatuan Usahawan yang prihatin, Koperasi yang berinovatif serta menjadi sebuah wadah buat belia usahawan yang disegani pada masa akan datang. Insyallah..


Kumpulan PUBI adalah sebuah gabungan yang mengabungkan 3 buah entiti di bawah satu payung di mana kumpulan ini menjadi penggerak utama gerakan usahawan di Bandaraya Ipoh secara khususnya.

Melalui gabungan ini, wadah dan perjuangan dalam sektor keusahawanan dapat di bawa dan akan menjadi inspirasi kepada semua untuk terus maju di dalam dunia perniagaan yang kian mencabar.

Semoga kumpulan ini akan melahirkan lebih ramai usahawan yang bertaraf jutawan yang beriman serta memberi manfaat kepada agama, negara dan juga bangsa.

Cik Nor Zarina Binti Zamzuri
Bendahari Kehormat PUBI Perak


BLOG POSTS

ALAMAT

No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh, Perak
Phone: (60) 5-322 3924
Fax: (60) 5-322 3924
Website: http://pubiperak.com
Email: pubiperak@gmail.com

PERINGATAN

Penting: Laman web ini adalah hakmilik PUBI Perak. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian hotline PUBI Perak di 011-65683924.
All images are copyrighted to their respective owners.