
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 07hb Januari 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI Perak Bhd) telah dikunjungi oleh wakil daripada Syarikat Pengeluar Air RO berjenama jenama Al Amin. Syarikat ini adalah salah sebuah syarikat di Malaysia yang membekalkan air minuman RO dalam bentuk botol dan drum. Juga membuat OEM kepada syarikat-syarikat yang ingin membuat atas label sendiri.
Mewakili syarikat ini adalah Pengarah Urusan Syarikat Pengeluar Air RO jenama Al Amin iaitu Ustaz Shahrullah Saidon yang juga merupakan Pengerusi kepada Maahad Tahfiz Akademi Al-Quran (MATIQ), Bangi Selangor.
Turut hadir menemani beliau adalah Pengurus Pemasaran Syarikat, Dato Seri Salmi dan Tuan Fadil selaku Ahli Lembaga Syarikat dan juga merupakan Pengurus Kilang Air RO jenama Al Amin.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI