
KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.
Terkini pada 22hb Januari 2020 yang lalu, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak (KOPUBI Perak Bhd) secara rasminya telah membekalkan produk Biodegradable KOPUBI Perak Bhd yang terlaris di pasaran iaitu Paper Straw kepada salah sebuah Cafe Hipsters yang terkenal di Meru Raya iaitu La Parra Ipoh.
Alhamdulillah, melalui promosi yang dibuat secara besar-besar, Pengurus Syarikat ini iaitu En Azizan Abas telah menghubungi kami dan menyatakan minat untuk membantu kempen cintai alam sekitar yang sedang giat diperhebatkan.
Sebagai permulaan, La Parra Ipoh telah bersetuju untuk menerima bekalan sebanyak 10,000 batang “Paper Straw’ daripada pihak KOPUBI Perak Bhd bersaiz 6mm dan akan menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebagai pembekal utama produk Biodegrable kepada Cafe Hipsters yang terkenal ini.
Baca Lanjut →
KOMEN TERKINI