TERKINI: PALING TINGGI DALAM SEJARAH, 287 KES BAHARU COVID-19 DAN SEMUANYA KES TEMPATAN

TERKINI: PALING TINGGI DALAM SEJARAH, 287 KES BAHARU COVID-19 DAN SEMUANYA KES TEMPATAN

Menerusi sidang media, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 81 kes yang telah pulih dan discaj dari hospital pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah sebanyak 10,095 kes bersamaan 85.76%.

Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 287 kes baharu Covid-19 pada hari ini dan semua merupakan kes tempatan. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 11, 771 dengan kes 1, 540 kes aktif.

Kes tertinggi dilaporkan di Kedah iaitu sebanyak 129 kes, Sabah dengan 113 kes dan Selangor dengan 31 kes.

Baca Lanjut

COVID-19: PERAK KEMBALI CATAT 1 KES BAHARU

COVID-19: PERAK KEMBALI CATAT 1 KES BAHARU

Negeri Perak pada hari ini telah mencatatkan satu kes baharu di mana kes tersebut mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan berisiko tinggi (Sabah). Berikut adalah laporan terkini #COVID19 di Malaysia pada 29 Sept 2020;

  • Kes sembuh = 50
  • Jumlah kes sembuh = 9,939 kes
  • Kes positif = 101
  • (kes import = 4, kes tempatan = 97)
  • Jumlah positif = 11,135 kes
  • Kes kematian = 0
  • Jumlah kes kematian = 134
  • Kes dirawat di ICU =13 kes
  • Bantuan Alat Pernafasan =5 kes

#COVID19 Sebanyak 17 kes tempatan hari ini mempunyai sejarah perjalanan ke negeri berisiko tinggi (Sabah).

Baca Lanjut

KES COVID-19 TELAH MENCECAH LIMA ANGKA, MELEBIHI 10,000 KES

TERKINI: KES COVID-19 TELAH MENCECAH LIMA ANGKA, MELEBIHI 10,000 KES

Adalah dimaklumkan bahawa jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia sehingga 16 September 2020 telah mencatat lima angka iaitu, 10,031 kes. Kes aktif pula, iaitu kes dengan kebolehjangkitan COVID-19 juga meningkat kian hari; manakala kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga didapati semakin meningkat.

Berdasarkan data terkini bagi 15 orang pesakit COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), didapati:

Baca Lanjut

COVID-19: MALAYSIA CATAT 100 KES BAHARU

COVID-19: MALAYSIA CATAT 100 KES BAHARU

PUTRAJAYA – Selepas melonjak kepada 62 kes semalam, angka positif Covid-19 terus merekodkan peningkatan kepada tiga angka iaitu 100 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 15 kes import dan 85 kes penularan dalam negara.

“Bagi penularan dalam negara, ia melibatkan 55 warganegara Malaysia dan 30 bukan warganegara,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Baca Lanjut