COVID-19: KKM KENAL PASTI KLUSTER BAHARU IAITU KLUSTER RUMAH PENJAGAAN WARGA EMAS DI KUALA SELANGOR

Gambar – Bernama

COVID-19: KKM KENAL PASTI KLUSTER BAHARU IAITU KLUSTER RUMAH PENJAGAAN WARGA EMAS DI KUALA SELANGOR

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baharu yang telah dikenalpasti iaitu Kluster Rumah Penjagaan Warga Emas Kuala Selangor.

Menurut Datuk Dr Noor Hisham, tiga orang telah disahkan positif di dalam kluster tersebut.

“Kluster ini dikenalpasti apabila terdapat kes ketiga di kalangan penghuni rumah penjagaan warga emas di Kuala Selangor, sehingga kini terdapat tiga kes positif bagi pusat penjagaan warga emas ini.

Baca Lanjut

COVID-19: 416 KAKITANGAN BARISAN HADAPAN KKM POSITIF

Petugas di Hospital Kuala Lumpur yang merawat pesakit COVID-19 memasuki wad. – Foto NSTP/FATHIL ASRI.

COVID-19: 416 KAKITANGAN BARISAN HADAPAN KKM POSITIF

PUTRAJAYA: Seramai 416 kakitangan Kementerian Kesihatan dijangkiti dengan wabak COVID-19.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya tidak merekodkan sebarang peningkatan jumlah kes membabitkan kakitangan kementerian itu setakat hari ini.

Beliau berkata, 80 peratus daripada mereka mendapat jangkitan itu dari luar kemudahan kesihatan, manakala kira-kira 20 peratus lagi jangkitan daripada pesakit dan rakan sekerja.

Baca Lanjut

TIADA LAGI SIDANG AKHBAR HARIAN COVID-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

TERKINI: TIADA LAGI SIDANG AKHBAR HARIAN COVID-19

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan tiada lagi sidang akhbar harian berkenaan perkembangan koronavirus (Covid-19) mulai minggu depan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada yang hadir pada hari Sabtu ini (hari ini).

“Kita tetap memberi maklumat terkini tetapi mungkin minggu depan kita akan ‘jarakan’ sidang akhbar dan saya ucapkan terima kasih kepada semua barisan hadapan (iaitu) media yang telah bekerja keras untuk bersama menjayakan bagi memutuskan jangkitan Covid-19 dalam negara kita,” katanya.

Baca Lanjut

TAHNIAH, TIADA KES POSITIF RAKYAT TEMPATAN DALAM NEGARA

TERKINI: TAHNIAH, TIADA KES POSITIF RAKYAT TEMPATAN DALAM NEGARA

PENCAPAIAN membanggakan apabila tiada kes positif Covid-19 dicatatkan membabitkan rakyat tempatan di dalam negara, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini adalah pencapaian boleh dibanggakan selepas pelbagai usaha dilaksanakan menggunakan pendekatan seluruh jentera kerajaan dan masyarakat.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggunakan maklumat terbaharu daripada jumlah kes harian penularan dalam negara dalam kalangan warganegara.

Baca Lanjut