COVID-19: 72 DARIPADA 94 KES BAHARU HARI INI ADALAH KES IMPORT PELAJAR DIBAWA PULANG DARI INDONESIA

COVID-19: 72 DARIPADA 94 KES BAHARU HARI INI ADALAH KES IMPORT PELAJAR DIBAWA PULANG DARI INDONESIA

Sebanyak 72 kes daripada 94 kes baharu dalam tempoh 24 jam yang dilaporkan hari ini, telah dikenalpasti sebagai kes import daripada pelajar Malaysia.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kesemua pelajar seramai 72 orang itu membawa pulang kes tersebut dari Indonesia.

Manakala, jumlah selebihnya sebanyak 22 kes merupakan kes jangkitan tempatan.

Baca Lanjut

SURAT YANG COMEL DIBALAS KP KESIHATAN

KISAH KEHIDUPAN – SURAT YANG COMEL DIBALAS KP KESIHATAN

Tular di media sosial di mana gambar sekeping surat yang dihantar kepada Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Yang Berbahagia Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah oleh seorang murid bernama Lara Khadijah McAfee berumur 10 tahun dari Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu.

Di dalam surat tersebut, murid tersebut telah mengucapkan terima kasih kepada Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah di atas usaha yang dilakukan bagi menjaga kesihatan rakyat Malaysia dan membantu di dalam mengekang penularan Wabak Covid-19 di negara ini.

Baca Lanjut

SALURAN TV CHINA SENARAIKAN DR NOOR HISHAM ANTARA TIGA DOKTOR TERBAIK DAN DIYAKINI

Dr Fauci, Dr Noor Hisham dan Noor Bloomfield disifatkan individu paling dipercayai di negara masing-masing ketika ini | Gambar – Astro Awani

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah diletakkan dalam senarai tiga doktor terbaik dan diyakini di dunia atas usahanya menangani wabak COVID-19 di negara ini.

Pengiktirafan itu diberikan oleh sebuah stesen televisyen China, Global TV Network yang turut menyenaraikan Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand.

Ketiga-tiga mereka menerima pujian masyarakat sejak beberapa minggu ini kerana menjadi sumber maklumat paling dipercayai dan berjaya menenangkan orang ramai di negara masing-masing ketika panik melanda akibat penularan wabak berkenaan.

Baca Lanjut

COVID-19: 41 PELAJAR TAHFIZ MADRASAH MIFTAHUL ULUM, SRI PETALING SEMBUH DAN TELAH DISCAJ DARI HOSPITAL

COVID-19: 41 PELAJAR TAHFIZ MADRASAH MIFTAHUL ULUM, SRI PETALING SEMBUH DAN TELAH DISCAJ DARI HOSPITAL

Alhamdulillah, pada hari ini 12 April 2020 (Ahad), seramai 41 pesakit positif COVID-19 daripada kalangan pelajar tahfiz Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling telah selamat sembuh dan didiscaj dari wad di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM).

Mereka merupakan sebahagian daripada pesakit positif COVID 19 daripada kluster tabligh yang sebelum ini dikuarantin di Institut Sosial Malaysia dan dimasukkan ke HCTM pada 2 April 2020.

Para pelajar terbabit adalah pelajar lelaki berumur dari 14 hingga 29 tahun. Mereka telah terdedah kepada COVID -19 samada ketika menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling pada awal Mac 2020 dan juga daripada persekitran masjid selepas perhimpunan.

Baca Lanjut