COVID-19: PERAK KEMBALI CATAT 1 KES BAHARU

Negeri Perak pada hari ini telah mencatatkan satu kes baharu di mana kes tersebut mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan berisiko tinggi (Sabah). Berikut adalah laporan terkini #COVID19 di Malaysia pada 29 Sept 2020;

  • Kes sembuh = 50
  • Jumlah kes sembuh = 9,939 kes
  • Kes positif = 101
  • (kes import = 4, kes tempatan = 97)
  • Jumlah positif = 11,135 kes
  • Kes kematian = 0
  • Jumlah kes kematian = 134
  • Kes dirawat di ICU =13 kes
  • Bantuan Alat Pernafasan =5 kes

#COVID19 Sebanyak 17 kes tempatan hari ini mempunyai sejarah perjalanan ke negeri berisiko tinggi (Sabah).

  1. Selangor – 9
  2. KL – 1
  3. Kelantan – 1
  4. Kedah – 1
  5. Melaka – 1
  6. Perak – 1
  7. P. Pinang -1
  8. Perlis -1
  9. Putrajaya -1
BACA ARTIKEL SEBELUM INI: Kes Covid-19 Telah Mencecah Lima Angka, Melebihi 10,000 Kes

#COVID19 Kluster yang melaporkan kes baharu hari ini, 29 Sept:

  1. Bangau-Bangau, Sabah (51)
  2. Benteng LD, Sabah (2)
  3. Kuarters, Sabah (2)
  4. Jalan Apas, Selangor (1)

#COVID19 Empat kluster baharu hari ini, 29 Sept 2020.

  • Jalan Bomba, Sandakan (3 kes)
  • Jalan Utara, Sandakan (2 kes)
  • Benteng PK, Selangor (1 kes)
  • Bakawali, Johor (2 kes)
PENINGKATAN KES COVID-19 DALAM NEGARA

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat peningkatan kes COVID-19 di Malaysia sejak 7 September 2020. Peningkatan kes bagi negeri Sabah dan Kedah banyak menyumbang kepada jumlah keseluruhan kes. Susulan itu, KKM telah mengambil tindakan langkah kawalan dan pencegahan bagi membendung penularan COVID-19. Antara langkah kawalan dan pencegahan yang telahdilakukan adalah:

  • Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar(PKPDB) secara pentadbiran di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna, Sabah;
  • Pengesanan kontak rapat kes positif COVID-19;• Pelaksanaan proses nyah kuman dan dekontaminasi di lokasi-lokasi yang terbabit dengan COVID-19;
  • Pelaksanaan saringan di Pintu Masuk Domestik dan Antarabangsa;
  • Perluasan saringan bagi komuniti dan golongan berisiko tinggi;
  • Mobilisasi pasukan bantuan kesihatan ke zon merah;
  • Penambahan bilangan katil di hospital dan pusat kuarantin; dan
  • Penambahan kapasiti makmal perubatan.

KKM juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih atas penglibatan agensi agensi lain dalam membendung penularan COVID-19.Untuk makluman, jumlah kes positif COVID-19 harian masih tinggikebelakangan ini. Justeru, masyarakat dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP). Diharapkan dengan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh pihak KKM, agensi-agensi lain dengan kerjasama masyarakat, dapat membendung penularan COVID-19 di Malaysia.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia