COVID-19: TAIPING KINI ZON MERAH

COVID-19: TAIPING KINI ZON MERAH

IPOH – Mukim Taiping kini diisytihar sebagai zon merah setelah mencatat bilangan kes jangkitan Koronavirus (Covid-19) terkumpul sebanyak 77 kes dalam tempoh dua minggu.

Jumlah kes harian jangkitan Covid-19 di Perak pula melonjak sehingga 52 kes hari ini dengan satu kluster baharu dikenal pasti.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak menerusi maklumat yang dikongsi di Facebook rasmi jabatan itu memaklumkan, kes pertama hingga 48 melibatkan lelaki berusia antara 35 ke 65 tahun yang merupakan tahanan di sebuah pusat tahanan di Daerah Larut Matang dan Selam (LMS).

Baca Lanjut

LOST WORLD OF TAMBUN DITUTUP 14 HARI

Gambar – Google

TERKINI: LOST WORLD OF TAMBUN DITUTUP 14 HARI

IPOH – Taman Tema Lost World of Tambun di sini akan tutup selama 14 hari bermula hari ini sehingga 26 Oktober selepas salah seorang pengunjung disyaki dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19).

Dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan itu dibuat bagi melakukan kerja-kerja pembersihan di sekitar taman tema dan hotel untuk melindungi pengunjung serta orang ramai.

“Kami ingin memastikan bahawa keselamatan dan kesihatan pengunjung serta kakitangan adalah menjadi keutamaan kami. Kami juga berusaha untuk memberikan maklumat yang tepat buat semua.

Baca Lanjut

PKPB SELANGOR, KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA DAN SABAH

Gambar – Bernama

TERKINI: PKPB SELANGOR, KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA DAN SABAH

Kuala Lumpur: Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober ini.

PKPB akan turut dilaksanakan di seluruh Sabah berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini hingga 26 Oktober ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes serta penularan yang berlaku seperti di Klang, Petaling dan Gombak.

Baca Lanjut

COVID-19: ENAM SEKOLAH DI TAIPING DITUTUP MULAI ESOK

Gambar – Google

TERKINI: ENAM SEKOLAH DI TAIPING DITUTUP MULAI ESOK

IPOH – Enam sekolah dalam daerah Larut Matang Selama (LMS) akan ditutup selama tujuh hari bermula esok susulan terdapat kes positif koronavirus (Covid-19) membabitkan warga sekolah itu.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria berkata, sekolah terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King Edward VII, SMK (P) Treacher Methodist dan SMK Bukit Jana.

Menurutnya, turut ditutup adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Jana, SK Convent Kota dan SK Ulu Mengkuang.

Baca Lanjut