PEMBANTU TAKBIR KKM KORBAN KE-35 COVID-19

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba (kanan). – NSTP/Hairul Anuar Rahim

TERKINI – PEMBANTU TAKBIR KKM KORBAN KE-35 COVID-19

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu tadbir Kementerian Kesihatan (KKM) menjadi korban ke-35, mangsa terbaharu wabak COVID-19 apabila meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Sungai Buloh, petang semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata Saziah Mohd Said, 57, yang juga Pembantu Tadbir di Bahagian Sumber Manusia KKM, meninggal dunia jam 4 petang tadi.

“Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan buat KKM,” katanya Dr Adham menerusi perkongsian dalam akuan Facebook, malam ini.

Baca Lanjut

COVID-19: KKM JANGKA PENINGKATAN KES MENDADAK PADA PERTENGAHAN APRIL

COVID-19: KKM JANGKA PENINGKATAN KES MENDADAK PADA PERTENGAHAN APRIL

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan peningkatan mendadak kes positif pandemik COVID-19 pada pertengahan April ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bagaimanapun langkah drastik telah diambil oleh pihak berkaitan termasuk melakukan semburan nyah kuman dan nyah jangkitan sebagai inisiatif untuk membendung penyebaran wabak tersebut.

“Kita lihat proses itu telah berjalan dan proses kedua adalah mengenal pasti iaitu accurate case detection, di mana kita akan mencari, menguji, dan mengasingkan mereka yang positif.

Baca Lanjut

COVID-19 : BAYI BERUMUR 12 HARI MANGSA PALING MUDA DIJANGKITI DI MALAYSIA

COVID-19 : BAYI BERUMUR 12 HARI MANGSA PALING MUDA DIJANGKITI DI MALAYSIA

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media mengesahkan bahawa mangsa termuda yang disahkan positif Covid-19 adalah bayi berusia 12 hari.

Jika sebelum ini pada gelombang pertama, mangsa yang paling muda ialah berusia empat tahun.

Gelombang pertama, usia paling muda empat tahun, tapi kita ada umur yang lebih muda daripada itu yang merupakan bayi berusia 12 hari.

Butiran kita akan maklumkan nanti,” katanya.

Baca Lanjut

TERKINI: SEHINGGA PAGI INI, 80 ANGGOTA KESIHATAN KKM POSITIF COVID-19, HOSPITAL TELUK INTAN PALING RAMAI

TERKINI: SEHINGGA PAGI INI, 80 ANGGOTA KESIHATAN KKM POSITIF COVID-19, HOSPITAL TELUK INTAN PALING RAMAI

Menerusi perkongsian daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah melaporkan bahawa seramai 80 orang anggota kesihatan KKM telah disahkan terkena jangkitan Covid-19.

Berdasarkan gambar rajah yang dikongsikan, seramai hampir 40 orang warga KKM di Hospital Teluk Intan dijangkiti wabak Covid-19. Diikuti dengan Hospital Selayang dan Hospital Raja Perempuan Zainab II masing-masing hanya 5 dan 4 orang anggota KKM terlibat.

Baca Lanjut