COVID-19 : BAYI BERUMUR 12 HARI MANGSA PALING MUDA DIJANGKITI DI MALAYSIA

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media mengesahkan bahawa mangsa termuda yang disahkan positif Covid-19 adalah bayi berusia 12 hari.

Jika sebelum ini pada gelombang pertama, mangsa yang paling muda ialah berusia empat tahun.

Gelombang pertama, usia paling muda empat tahun, tapi kita ada umur yang lebih muda daripada itu yang merupakan bayi berusia 12 hari.

Butiran kita akan maklumkan nanti,” katanya.

Terkini: Sehingga Pagi Ini, 80 Anggota Kesihatan Kkm Positif Covid-19, Hospital Teluk Intan Paling Ramai –>

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 16 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 215 kes.

Sehingga 26 Mac 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 235 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,031 kes.

Berdasarkan siasatan awal, daripada 235 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 60 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan di Seri Petaling. Manakala baki 175 kes masih lagi dalam siasatan dan mungkin berkaitan dengan lain-lain kluster.

Indonesia Diramal Menjadi Pusat Pandemik Covid-19 Selepas China Dan Italy?

Sehingga kini, seramai 45 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini terdapat pertambahan empat (4) lagi kes kematian berkaitan COVID-19.

Sumber : KKM