2 KORBAN BAHARU COVID-19, MENINGKAT 6 ORANG

TERKINI – 2 KORBAN BAHARU COVID-19, MENINGKAT 6 ORANG

JAWATANKUASA Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaporkan dua lagi kematian akibat koronavirus baharu (Covid-19), menjadikan jumlah mangsa korban wabak itu seramai enam orang dalam negara.

Dalam kenyataannya, JPBNS menjelaskan dua korban itu membabitkan ibu dan anak perempuan dari satu keluarga yang sama, masing-masing berusia 79 dan 40 tahun.

Katanya, mangsa pertama keluarga itu meninggal dunia pada 2 pagi Rabu lalu (18 Mac), manakala mangsa kedua meninggal pada 1 tengah hari, hari ini.

Baca Lanjut

TERKINI: SEORANG LAGI MAUT AKIBAT COVID-19 DI MALAYSIA

TERKINI: SEORANG LAGI MAUT AKIBAT COVID-19 DI MALAYSIA

Satu kematian akibat Covid-19 dicatatkan di negara ini menjadikan jumlah keseluruhan empat kematian setakat Sabtu (21 Mac 2020).

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media yang sedang berlangsung kini.

Ini menjadikan dua kes kematian dilaporkan dalam masa 24 jam di mana kes kematian ketiga telah diumumkan semalam.

Baca Lanjut

TERKINI: SEORANG LAGI PESAKIT COVID-19 MENINGGAL DUNIA

TERKINI: SEORANG LAGI PESAKIT COVID-19 MENINGGAL DUNIA

Putrajaya, 20 Mac – Seorang lagi pesakit COVID-19 disahkan meninggal dunia petang tadi.

Berita berkenaan dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebok beliau.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan telah menerima laporan satu (1) kematian COVID-19 (kes ke-152) pada hari ini iaitu pada jam 6.27 petang, menjadikan jumlah keseluruhan kematian COVID-19 setakat ini tiga (3) kes.

Baca Lanjut

12 PETUGAS KESIHATAN DIJANGKITI COVID-19 SETAKAT INI, SEORANG DIRAWAT DI ICU

Kredit Photo: FB Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

TERKINI – 12 PETUGAS KESIHATAN DIJANGKITI COVID-19 SETAKAT INI, SEORANG DIRAWAT DI ICU

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, telah mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 12 petugas kesihatan barisan hadapan di Malaysia telah dijangkiti virus COVID-19 setakat ini.

Menurut satu perkongsian yang dikongsi melalui akaun media sosialnya, 12 daripada petugas kesihatan itu adalah kakitangan KKM manakala 3 lagi daripada sektor kesihatan swasta.

Baca Lanjut