
TERKINI – PEMBANTU TAKBIR KKM KORBAN KE-35 COVID-19
KUALA LUMPUR: Seorang pembantu tadbir Kementerian Kesihatan (KKM) menjadi korban ke-35, mangsa terbaharu wabak COVID-19 apabila meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Sungai Buloh, petang semalam.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata Saziah Mohd Said, 57, yang juga Pembantu Tadbir di Bahagian Sumber Manusia KKM, meninggal dunia jam 4 petang tadi.
“Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan buat KKM,” katanya Dr Adham menerusi perkongsian dalam akuan Facebook, malam ini.
Covid-19: KKM Jangka Peningkatan Kes Mendadak Pada Pertengahan April –>
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam kenyataan berasingan, malam ini, berkata mangsa ke-35 mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.
Katanya, mangsa mula bergejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 17 Mac lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh.
“Beliau didapati positif dalam ujian pengesahan COVID-19 pada 18 Mac lalu dan kesihatannya merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia petang ini,” katanya sambil menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Sumber : BH Online
KOMEN TERKINI