fbpx
NGO Perak Paling Aktif‎

TERKINI: SEHINGGA PAGI INI, 80 ANGGOTA KESIHATAN KKM POSITIF COVID-19, HOSPITAL TELUK INTAN PALING RAMAI

TERKINI: SEHINGGA PAGI INI, 80 ANGGOTA KESIHATAN KKM POSITIF COVID-19, HOSPITAL TELUK INTAN PALING RAMAI

Menerusi perkongsian daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah melaporkan bahawa seramai 80 orang anggota kesihatan KKM telah disahkan terkena jangkitan Covid-19.

Berdasarkan gambar rajah yang dikongsikan, seramai hampir 40 orang warga KKM di Hospital Teluk Intan dijangkiti wabak Covid-19. Diikuti dengan Hospital Selayang dan Hospital Raja Perempuan Zainab II masing-masing hanya 5 dan 4 orang anggota KKM terlibat.

‘Saya Tak Tahan Duduk Situ…’ – Pramugari Lari Dari Hospital Tampil Beri Penjelasan –>

Sehingga pagi ini (26 Mac 2020), dilaporkan bahawa terdapat 80 anggota kesihatan KKM yang dikesan positif COVID-19.

Berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan ini BUKAN disebabkan oleh pengendalian kes positif COVID-19 di fasiliti Kesihatan KKM.

Namun begitu, semua anggota kesihatan dan barisan hadapan (frontliners) dinasihati untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang telah disarankan terutamanya dalam memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan jarak sosial (social distancing) dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) mengikut keperluan yang ditetapkan.”

Noor Hisham Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan memaklumkan di Facebook beliau.
Data terkini Kakitangan Hospital yang telah dijangkiti Covid-19




Indonesia Diramal Menjadi Pusat Pandemik Covid-19 Selepas China Dan Italy? –>

Sumber : Noor Hisham Abdullah

BLOG POSTS

ALAMAT

No.57B, Susuran Station 18, Station 18 Pasir Puteh, 31650, Ipoh, Perak
Phone: (60) 5-322 3924
Fax: (60) 5-322 3924
Website: http://pubiperak.com
Email: pubiperak@gmail.com

PERINGATAN

Penting: Laman web ini adalah hakmilik PUBI Perak. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian hotline PUBI Perak di 011-65683924.
All images are copyrighted to their respective owners.