PERTEMUAN BERSAMA WAKIL SYARIKAT BURAQ OIL

KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 04hb November 2020 yang lalu, Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. En. Sharul Rahman telah mengadakan pertemuan dengan bersama COO BuraqOil Malaysia iaitu Tuan Haji Ahmad Zikri dan Tuan Borhan Manan selaku Special Project Manager Buraqoil Malaysia di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd.

Objektif utama pertemuan ini adalah untuk memperkenalkan entiti masing-masing serta melihat peluang untuk mengadakan kerjasama strategik pada masa hadapan.

BuraqOil yang merupakan salah sebuah syarikat pembekal minyak bagi stesen- stesen minyak luar bandar melalui syarikat IPTB Sdn. Bhd.

Baca Lanjut

KOPUBI UMUM BAYARAN DIVIDEN SEBANYAK 10% BAGI TAHUN 2019

TERKINI: KOPUBI UMUM BAYARAN DIVIDEN SEBANYAK 10% BAGI TAHUN 2019

Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) sentiasa meneruskan misi dan visinya untuk menjadi sebuah koperasi yang berdaya saing serta mampu menjana ekonomi di negeri perak.

Pelbagai aktiviti ekonomi telah dirancang dan dilaksanakan oleh KOPUBI Perak Bhd sejak ditubuhkan pada 15hb Disember 2020 yang lalu oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI).

Alhamdulillah, setelah hampir 3 tahun beroperasi, KOPUBI Perak Bhd telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan sebanyak dua kali dan yang terkini, Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi telah berjaya dilaksanakan pada 15hb Ogos 2020 yang lalu.

Baca Lanjut

FARHAN ZAFRI DILANTIK SEBAGAI PENGURUS KUMPULAN PEMASARAN KOPERASI (KOPUBI)

TERKINI – FARHAN ZAFRI DILANTIK SEBAGAI PENGURUS KUMPULAN PEMASARAN KOPERASI (KOPUBI)

Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) hari ini mengumumkan secara rasmi pelantikan Farhan Zafri sebagai Pengurus Kumpulan Pemasaran Koperasi bagi memperkasa gerakan koperasi yang diusahakan oleh KOPUBI Perak Bhd sejak penubuhannya pada 15 Disember 2017 yang lalu.

Farhan Zafri (31) mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang kewangan, pemasaran serta jualan pernah berkhidmat sebagai Pengurus Jualan di CIMB Malaysia, Standard Chartered dan juga RHB Group.

Beliau akan ditugaskan dan bertanggungjawab untuk merancakkan aktitivi pemasaran serta kempen keanggotaan KOPUBI Perak Bhd disamping membawa nafas yang baharu kepada KOPUBI Perak Bhd.

Baca Lanjut

KOPUBI PERUNTUKAN RM100,000 UNTUK TABUNG USAHAWAN SEPANJANG 2020

TERKINI: KOPUBI PERUNTUKAN RM100,000 UNTUK TABUNG USAHAWAN SEPANJANG 2020

Tahukah anda Kopubi Perak Bhd telah memperuntukkan hampir RM100,000 dalam tempoh setahun bagi membantu anggota untuk memajukan perniagaan masing-masing.

Syukur, sejak awal tahun ini melalui Program Tabung Usahawan seramai 6 orang anggota dari pelbagai bidang keusahawanan telah diberi bantuan dari segi pembiayaan modal pusingan oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak dan jumlah yang telah diperuntukkan adalah sebanyak hampir RM100,000.

Ya RM100,000!

Baca Lanjut