KOPERASI USAHAWAN BERSATU IPOH PERAK BHD MENERUSKAN MISI UNTUK MENJADI SEBUAH KOPERASI YANG BERDAYA SAING SERTA MAMPU MENJANA EKONOMI DI NEGERI PERAK.

Terkini pada 04hb November 2020 yang lalu, Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd. En. Sharul Rahman telah mengadakan pertemuan dengan bersama COO BuraqOil Malaysia iaitu Tuan Haji Ahmad Zikri dan Tuan Borhan Manan selaku Special Project Manager Buraqoil Malaysia di Pejabat Urusan KOPUBI Perak Bhd.

Objektif utama pertemuan ini adalah untuk memperkenalkan entiti masing-masing serta melihat peluang untuk mengadakan kerjasama strategik pada masa hadapan.

BuraqOil yang merupakan salah sebuah syarikat pembekal minyak bagi stesen- stesen minyak luar bandar melalui syarikat IPTB Sdn. Bhd.

AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: Pembukaan Operasi J&T Express PRK413 Milik KOPUBI Perak Bhd

Syarikat ini telah memulakan operasi pada 2008 kini telah menjadi pembekal kepada lebih 200 buah stesen di negara kita dengan slogan ‘Stesen Komuniti Anda’.

Melalui pertemuan ini, En. Sharul selaku Pengerusi Koperasi telah bertukar-tukar pendapat dengan COO Syarikat tersebut dan mendapatkan input-input penting berkaitan industri petroleum di negara kita ini.

Pada waktu yang sama, pihak BuraqOil berkesempatan bersama En. Sharul untuk mengadakan lawatan ringkas ke sebuah tapak stesyen minyak yang tidak beroperasi di sebuah lokasi di Batu Gajah, Perak.

Insyallah dengan perancangan yang teliti, Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Berhad berpeluang untuk menjalinkan kerjasama strategik bersama jenama minyak komuniti terkenal di Negara kita ini iaitu Buraqoil bagi mencapai visi serta misi penubuhan KOPUBI iaitu menjana pendapatan yang konsisten pada masa hadapan.

Doakan agar usaha ini memperoleh kejayaan dan berhasil. Insyallah..