TERKINI – FARHAN ZAFRI DILANTIK SEBAGAI PENGURUS KUMPULAN PEMASARAN KOPERASI (KOPUBI)

Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) hari ini mengumumkan secara rasmi pelantikan Farhan Zafri sebagai Pengurus Kumpulan Pemasaran Koperasi bagi memperkasa gerakan koperasi yang diusahakan oleh KOPUBI Perak Bhd sejak penubuhannya pada 15 Disember 2017 yang lalu.

Farhan Zafri (31) mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang kewangan, pemasaran serta jualan pernah berkhidmat sebagai Pengurus Jualan di CIMB Malaysia, Standard Chartered dan juga RHB Group.

Beliau akan ditugaskan dan bertanggungjawab untuk merancakkan aktitivi pemasaran serta kempen keanggotaan KOPUBI Perak Bhd disamping membawa nafas yang baharu kepada KOPUBI Perak Bhd.

AKTIVITI KOPERASI YANG LALU: KOPUBI Peruntukan RM100,000 Untuk Tabung Usahawan Sepanjang 2020

Ahli Lembaga KOPUBI Perak Bhd sangat yakin dengan pelantikan Farhan Zafri ini akan memacu KOPUBI Perak Bhd ke hadapan dan akan menjadi salah sebuah Koperasi yang dihormati serta dikenali ramai terutamanya di Negeri Perak Darul Ridzuan ini.

Sementara itu, Pengerusi KOPUBI Perak Bhd menyifatkan pelantikan ini adalah tepat dan kena pada masanya di saat KOPUBI sedang berkembang pesat serta rancak memacu ekonomi di Negeri Perak ini.

Farhan Zafri adalah calon yang sangat sesuai dan berwibawa. Saya yakin beliau mampu membawa KOPUBI Perak Bhd ke peringkat yang lebih tinggi serta membanggakan. Semoga apa yang dirancang dipermudahkan olehNya dan semoga KOPUBI Perak Bhd terus maju dan berjaya pada masa hadapan, Insyallah.

En Sharul Rahman
Pengerusi KOPUBI Perak Bhd.