TERKINI: KOPUBI UMUM BAYARAN DIVIDEN SEBANYAK 10% BAGI TAHUN 2019

Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI) sentiasa meneruskan misi dan visinya untuk menjadi sebuah koperasi yang berdaya saing serta mampu menjana ekonomi di negeri perak.

Pelbagai aktiviti ekonomi telah dirancang dan dilaksanakan oleh KOPUBI Perak Bhd sejak ditubuhkan pada 15hb Disember 2020 yang lalu oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI).

Alhamdulillah, setelah hampir 3 tahun beroperasi, KOPUBI Perak Bhd telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan sebanyak dua kali dan yang terkini, Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi telah berjaya dilaksanakan pada 15hb Ogos 2020 yang lalu.

BACA ARTIKEL SEBELUM INI: KOPUBI Peruntukan RM100,000 Untuk Tabung Usahawan Sepanjang 2020

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-2 Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak itu telah berlangsung dengan sempurna di Bilik Mesyuarat Utama UTC Perak dan telah dihadiri oleh 1/3 daripada anggota yang berdaftar sehingga tutup tahun kewangan 2019 yang lalu iaitu pada 31hb Disember 2019.

Mesyuarat tersebut telah dirasmikan dan dipengerusikan oleh Yang Berusaha En. Sharul Rahman selaku Pengerusi Kumpulan PUBI merangkap Pengerusi Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh Perak (PUBI) dan juga Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd (KOPUBI).

Alhamdulillah, syukur kepada yang Maha Esa kerana dengan izinNya, Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd kali ke-2 ini telah meluluskan usul pembayaran dividen sebanyak 10% bagi tahun 2019 kepada seluruh anggota koperasi yang berdaftar sehingga 30hb Jun 2019 iaitu tertakluk kepada Peraturan dan Undang-undang Kecil Koperasi yang telah ditetapkan.

En. Sharul Rahman, Pengerusi Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak Bhd sangat teruja dengan pengumuman bayaran dividen sebanyak 10% bagi tahun kewangan 2019 yang lalu.

Pengumuman ini adalah satu berita yang sangat baik dan memberangsangkan kepada seluruh anggota KOPUBI. Ini membuktikan KOPUBI Perak Bhd adalah sebuah koperasi usahawan yang berdaya maju serta sedang meningkat naik di Negeri Perak ini.

Untuk pengetahuan semua juga, KOPUBI Perak Bhd telah memperuntukkan hampir RM100,000 dalam tempoh setahun bagi tujuan membantu anggotanya di dalam usaha memajukan perniagaan masing-masing.

Sejak awal tahun 2020 ini melalui Program Tabung Usahawan seramai 6 orang anggota dari pelbagai bidang keusahawanan telah diberi bantuan dari segi pembiayaan modal pusingan oleh Koperasi Usahawan Bersatu Ipoh Perak dan jumlah yang telah diterima oleh mereka adalah bergantung kepada keperluan serta skala bisnes.

Melalui pembiayaan modal dari Tabung Usahawan ini, usahawan-usahawan tersebut telah dapat mengembangkan perniagaan masing-masing disamping mencakna ekonomi KOPUBI Perak Bhd serta memberi pulangan pelaburan yang tinggi kepada kedua-dua pihak. Kedua-dua pihak telah mendapat kebaikan bersama di samping mendapat limpahan ekonomi yang saksama.

Antara peniagaan atau projek yang telah diberi bantuan modal pembiayaan melalui program Tabung Usahawan KOPUBI adalah;

  1. Projek Pembekalan Buah Strawbery Fresh dari Cameron Highlands
  2. Projek Pembekalan Elektrikal dan Kontraktor
  3. Projek Pembekalan Sampul Surat
  4. Projek Pembekalan Banting, Banner dan Media
  5. Projek Pembuatan dan Penjualan Minyak Bidara
  6. Projek Ternakan Kambing

Pada hari yang sama juga telah berlangsung majlis ringkas penyerahan replika bantuan tabung usahawan kepada 6 orang anggota koperasi (seorang tidak hadir) telah diadakan di mana Pengerusi Koperasi En. Sharul Rahman diberi penghormatan untuk menyerpurnakan majlis itu diiringi oleh Tuan Abu Naufal (Kudus Alie Novel) selaku Timbalan Pengerusi KOPUBI Perak Bhd.

Turut berlangsung juga pada mesyuarat agung ini adalah majlis penyerahan sumbangan khairat kematian kepada waris anggota koperasi yang telah meninggal dunia melalui program manfaat anggota iaitu Tabung Bantuan Kematian KOPUBI.

En. Sharul Rahman menyerahkan replika sumbangan Tabung Bantuan Kematian KOPUBI Perak Bhd dan cek kepada salah seorang waris Anggota KOPUBI Perak Bhd yang telah meninggal dunia baru-baru ini.

Semoga dengan usaha yang dilakukan ini akan memberi impak ekonomi kepada seluruh Anggota koperasi disamping memberi limpahan ekonomi kepada seluruh rakyat di Negeri Perak serta akan menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebagai salah sebuah Koperasi yang terunggul di Negeri Perak.

Selain itu, ini akan menjadikan KOPUBI Perak Bhd sebuah koperasi yang kompiten serta memiliki daya saing yang tinggi untuk menjadi salah sebuah koperasi contoh di Negeri Perak ini pada masa hadapan.

Kepada yang berminat untuk mendapat manfaat sebagai anggota KOPUBI Perak Bhd boleh klik butang yang disediakan di bawah ini dan mendaftar secara online. Mari kita semua sertai KOPUBI Perak Bhd sebagai SEBUAH KELUARGA YANG BESAR. Insyallah!