SEMAKAN GKP: SEMAK STATUS KELULUSAN GERAN KHAS PRIHATIN RM3,000

SEMAKAN GKP: SEMAK STATUS KELULUSAN GERAN KHAS PRIHATIN RM3,000

Semakan GKP kini dibuka! Sebanyak 642,976 permohonan Geran Khas Prihatin diterima sejak dibuka awal Mei lalu.

LHDNM dalam satu kenyatan media memaklumkan sebanyak 488,857 (76 peratus) permohonan telah diluluskan manakala 81,260 (12.6 peratus) permohonan masih dalam proses semakan lanjut agensi.

Manakala baki 72,859 (11.3 peratus) permohonan ditolak.

Baca Lanjut

CARA MEMOHON GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) RM3000 UNTUK PKS

INFO – CARA MEMOHON GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) RM3000 UNTUK PKS

Permohonan Geran Khas PRIHATIN RM3000 Untuk PKS Mulai 1 Mei 2020. Berita baik buat peniaga mikro PKS yang memerlukan bantuan ketika Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19.

Untuk makluman, Menteri Kewangan Malaysia mengumumkan satu bantuan khas iaitu Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Mikro yang berkelayakan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

Permohonan kini telah dibuka mulai 1 Mei 2020 (hari ini) secara atas talian melalui laman web https://gkp.hasil.gov.my.

Baca Lanjut

SOALAN LAZIM BERKAITAN GERAN KHAS PRIHATIN (RM3,000) PKS

INFO – SOALAN LAZIM BERKAITAN GERAN KHAS PRIHATIN (RM3,000) PKS

Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia melalui Kemeterian Kewangan Malaysia telah mengumumkan insentif khas kepada Pengusaha PKS (Mikro) ekoran mengalami kerugian kerana aktiviti ekonomi telah terhenti disebabkan wabak Covid-19 yang melanda negara kini. 

Pengumuman ini merupakan berita baik kepada para pengusaha dalam industri perusahaan kecil dan sederhana iatu selain daripada tambahan Program Subsidi upah, ia adalah Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan.

Antara yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita adalah Geran Khas Prihatin PKS iaitu bantuan khas kepada pengusaha/peniaga PKS dengan bantuan geran sebanyak RM3,000 untuk setiap seorang/syarikat.

Baca Lanjut

PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN PKS RM3000 MULAI 1 MEI

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Permohonan untuk geran khas ini akan dibuka mulai hari Jumaat ini, iaitu 1 Mei 2020 | Gambar – Astro Awani.

INFO – PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN PKS RM3000 MULAI 1 MEI

PERMOHONAN Geran Khas Prihatin untuk perniagaan mikro dibuka mulai 1 Mei 2020, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, proses permohonan akan diselaraskan dan diumumkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dalam masa terdekat.

Mengenai Program Subsidi Upah, sehingga 26 April, permohonan subsidi upah diluluskan meningkat daripada 159,000 majikan, membabitkan satu juta pekerja kepada 195,000 majikan membabitkan 1.5 juta pekerja.

Baca Lanjut